Jumlah Pengunjung

Wednesday 30 October 2013

PETANDA ORANG MELAYU SEMAKIN MENOLAK PAS SEMAKIN BANYAK DI SUNGAI LIMAU !!!



Pas akan ditolak pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah pada 4 November ini memandangkan orang Melayu di kawasan itu semakin menjauhi parti tersebut.
 
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perjuangan Islam Pas kini juga semakin hancur selepas dilihat terus berdolak-dalik dalam banyak isu khususnya melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan bumiputera.

Tambah beliau, Pas kini sudah menjadi 'terompah' DAP yang jelas dilihat mengejar habuan dunia semata-mata menggunakan Islam sebagai perkakas menyebabkan orang Melayu semakin menjauhi parti tersebut.

"Faktor kedua Pas akan kalah kerana pengundi luar tidak akan pulang mengundi memandangkan tidak memberi apa-apa makna jika mereka berbuat demikian.

"Jika mereka balik mengundi Pas dan Pas menang, tidak ada apa-apa untung kerana apa keputusan sekalipun tidak mengubah kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan kawasan itu akan kekal mundur," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya yang juga Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.




No comments:

Post a Comment

Member BSK