Jumlah Pengunjung

Wednesday 23 October 2013

SENDIKIT CETAK ROMPAK DI IPOH JATUH TERKANGKANG !!!



Polis melumpuhkan satu sindiket mencetak cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah di bandar raya ini dengan tertangkapnya dua anggota sindiket itu dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Taman Syabas, Bercham di sini Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk, A. Paramasivam berkata, ketika diserbu pada pukul 10.30 malam, kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 36 tahun sedang leka menjalankan kerja-kerja menyalin dan membungkus DVD tersebut.

Menurut beliau, sindiket itu yang dipercayai telah menjalankan kegiatan mereka sejak tiga tahun lalu itu turut menggunakan khidmat wanita dari China sebagai jurujual.

"Polis merampas pelbagai peralatan untuk mencetak dan menyalin DVD di tingkat bawah kediaman itu seperti lapan buah mesin menyalin, komputer riba (tiga) dan 552 keping DVD pelbagai tajuk.

"Turut dirampas, empat kotak DVD kosong, wang tunai RM7,300 dan 21 kotak mercun dan bunga api yang dipercayai untuk dipasarkan menjelang sambutan Deepavali bulan depan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.








No comments:

Post a Comment

Member BSK