Jumlah Pengunjung

Tuesday 15 October 2013

ALLAH BUKTIKAN PAS WAYANG PADA RAKYAT ISU SYIAH !!!



Amalan taqiyyah dalam Syiah menjadi punca proses mengenali dan mengesan pengikut ajaran sesat itu sukar dilakukan.
 
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, amalan taqiyyah atau dalam bahasa mudahnya penipuan, merupakan salah satu ajaran Syiah bagi menyembunyikan akidah mereka apabila berhadapan dengan orang ramai.



Beliau sehubungan itu mengingatkan masyarakat supaya lebih berwaspada mengenai amalan pengikut Syiah itu bagi mengelak mereka turut terpengaruh dengan ajaran berkenaan.

"Umat Islam juga perlu memperkukuhkan ilmu terhadap pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat Syiah," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Syiah dan Kesesatannya anjuran Pertubuhan Jaringan Ummah Kelantan (Jarum) dan Pusat Islam Kampus Kesihatan USM di Dewan Utama kampus itu di sini semalam.
Seminar itu dihadiri seramai 700 peserta.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Shukri memberitahu, pewartaan pengharaman ajaran Syiah di negeri ini sebenarnya sudah dilaksanakan sejak 1995 lagi dan yang belum hanyalah proses kemaskini iaitu penambahan perkataan baru untuk dimasukkan.

"Fatwa yang mengatakan ajaran Syiah itu sesat sudah kita wartakan dalam enakmen sejak 1995 supaya ia boleh diguna pakai di mahkamah.



"Cuma sekarang kita mengangkat cadangan kepada Penasihat Undang-undang negeri untuk memasukkan beberapa perkataan baru, contohnya jika dahulu kita menyebut penyebaran buku sahaja tetapi kini kita masukkan cakera padat video (VCD) juga salah satu medium penyebaran Syiah," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Dr. Wan Nudri Wan Daud berkata, belum ada sebarang kes penyebaran fahaman Syiah dikesan di Kampus Kesihatan USM itu, namun pemantauan berterusan tetap dibuat dari semasa ke semasa. 

Beliau berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan berhati-hati kerana kampus universiti itu turut menerima kehadiran pelajar luar negara khususnya dari rantau Arab dan negara Iran yang menuntut di situ.
Antara kaedah digunakan, kata beliau, menerusi program Rakan Masjid di mana pelajar sendiri menjadi mata dan telinga pihak universiti mengesan sebarang penyelewengan amal ibadat yang berlaku di asrama dan lain-lain tempat di kampus.





No comments:

Post a Comment

Member BSK