Jumlah Pengunjung

Tuesday 22 October 2013

CARA DAP HARAM JADAHKAN RAKYAT DI DEDAHKAN DISINI !!!



Kontroversi yang menyelubungi DAP masih belum berakhir walaupun parti itu sudah selesai mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas parti 29 September lalu.
Kali ini, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass mengesahkan beliau sendiri mengundi bagi memilih anggota CEC dalam pemilihan itu sedangkan beliau sudah dipecat serta-merta daripada DAP pada 2 Julai lalu.

"Saya cabar DAP menyatakan status saya semasa mengundi dalam pemilihan semula itu kerana surat Jawatankuasa Disiplin yang kononnya dihantar kepada saya bertarikh 2 Julai lalu dengan jelas menyatakan saya telah dipecat berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, beliau menerima surat daripada jawatankuasa berkenaan bertarikh 7 Oktober lalu pada 10 Oktober lalu.

Katanya, surat bertajuk 'Pemecatan sebagai Ahli Parti' itu turut melampirkan salinan surat jawatankuasa sama bertarikh 2 Julai lalu yang kononnya telah dihantar kepadanya juga dengan tajuk sama.
Menurut beliau, para keempat surat bertarikh 2 Julai itu yang tidak pernah diterimanya menyatakan beliau dipecat sebagai ahli DAP berkuat kuasa serta-merta.

"Dalam surat bertarikh 7 Oktober lalu, saya diminta memberi penjelasan dalam tempoh 14 hari bagi mengelak tindakan disiplin dikenakan ke atas saya.

"Sehubungan itu, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Kok Wai yang gagal hadir dalam prosiding saman yang dikemukakan saya di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini tampil menjelaskan perkara ini," katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoal tindakan pemecatannya sebagai ahli DAP kerana kononnya mencemar nama baik parti sedangkan beberapa pemimpin DAP lain yang turut melakukan perbuatan sama tidak dikenakan sebarang tindakan.

Antaranya, kata beliau, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang mengugut mendedahkan salah laku beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Turut bebas daripada tindakan, tambahnya, bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang mendakwa wujud budaya mencantas dalam parti serta kegagalan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani para perwakilan DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Tidakkah perbuatan ini mencemarkan nama baik DAP tetapi mengapa tiada tindakan ke atas mereka? Jangan bersikap dwi standard dalam hal ini," katanya.



DAVID Dass menunjukkan surat yang diterima daripada Jawatankuasa Disiplin DAP dalam sidang akhbar di Seremban, semalam.




No comments:

Post a Comment

Member BSK