Jumlah Pengunjung

Friday 11 October 2013

ANWAR HINA RUMAH SUCI ALLAH !!!



Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa pemimpin BN-UMNO telah melaksanakan rompakan terancang. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh beliau semasa memberikan tazkirah di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh beberapa hari yang lepas. Tazkirah yang sepatutnya diisikan dengan ilmu agama dan nilai-nilai murni telah dicemarkan dengan tuduhan melulu tentang ketelusan perlaksanaan dasar-dasar yang kononya merugikan rakyat Malaysia.

Namun begitu, tiada apa yang perlu dihairankan oleh rakyat Malaysia, kerana Anwar Ibrahim sememangnya “haiwan politik” yang sejati. Beliau akan menggunakan segenap ruang dan masa untuk membicarakan tentang propaganda dan ideologi yang beliau bawa. Tidak kira samada di dalam masjid ataupun di gereja, Anwar Ibrahim yang juga dikenali sebagai “political chameleon” akan cuba sedaya upaya meyakinkan rakyat bahawa hanya beliau dan konco-konco beliau sahaja yang benar.

Di dalam tazkirah tersebut, Anwar juga telah menuduh kononya terdapat rancangan “sulit” yang dilaksanakan oleh pihak tertentu di dalam kerajaan untuk merompak wang yang sepatutnya di tujukan kepada rakyat.

Penulis mahu bertanya kepada Anwar Ibrahim tentang perkataan “sulit” yang beliau gunakan. “Sulit” jikalau kita melihat maknanya di dalam kamus Dewan bererti; tidak diketahui atau tidak dapat diketahui oleh orang ramai. Sekiranya ada perancangan sulit sepertimana yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, maka laporan audit tersebut semestinya “bersih” untuk melindungi rancangan “sulit” tersebut. Tetapi hakikatnya segalanya dibentangkan untuk pengetahuan rakyat. Apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu? Bukankah kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah melaksanakan segala-galanya dengan telus dan tanpa berselindung?

Mungkin juga Anwar Ibrahim dan konco-konco beliau telah lupa bagaimana Anwar Ibrahim telah meranapkan ekonomi Malaysia berpuluh tahun yang lalu. Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim telah menyebabkan kerugian sebanyak RM 16 Billion. Perkara ini juga pernah ditanyakan oleh Lim Kit Siang di dalam parlimen.

Pada ketika itu Lim Kit Siang merupakan Ketua Pembangkang, beliau berkata kepada Anwar Ibrahim di Parlimen, pada hari Selasa, 27 April 1993 yang menyebut, “Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”

Apakah Anwar telah melupakan tentang perkara ini? Ataupun, kejadian yang berlaku pada tahun 1997, dimana dasar Pro IMF (International Monetary Fund) yang disokong beliau boleh melumpuhkan ekonomi Malaysia dan membuatkan negara ini tidak mampu lagi bangun semula. Adakah Anwar Ibrahim lupa akan rakan baiknya di IMF Micheal Camdessus yang berkomplot bersama-samanya untuk meranapkan lagi mata wang Malaysia di peringkat antarabangsa?

Sedarlah wahai Anwar Ibrahim, kamu merupakan orang terakhir yang rakyat perlu mendengar pendapat berkenaan ekonomi dan pentadbiran kewangan negara. Jika ada rompakan yang berlaku di dalam pentadbiran kewangan negara, ianya berlaku semasa kamu menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Tidak cukup lagi kah apa yang telah kamu dapat semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu. Sudah-sudahlah bertazkirah dengan fitnah dan tuduhan liar.

Sekurang-kurangnya para menteri BN-UMNO-MCA-MIC sekarang mengaku akan kesilapan yang telah terjadi dan berusaha untuk memperbetulkan keadaan. Mereka tidak seperti Anwar Ibrahim yang melakukan kejahatan, dan apabila tertangkap, mula pula menuduh dan menyalahkan orang lain.



No comments:

Post a Comment

Member BSK