Jumlah Pengunjung

Monday 7 October 2013

PORTAL MALAYSIAKINI SUDAH LANGGAR GENG TIGA LINE !!!



Hah! Kan betul kata Datuk Seri Zahid Hamidi. Puak - puak Merosakkini ni memang suka memutar belitkan cerita dan kenyataan yang diberikan.

Hakikatnya, diorang memang suka buat cerita dan menjadikan cerita itu satu spekulasi buruk untuk menghasut rakyat agar membenci pemimpin Kerajaan.

Diorang akan ubah kenyataan yang telah dibuat dalam sidang media, isi kandungan ucapan dan sebagainya agar ianya dapat memburukkan pemimpin tertentu. 

Jadi, memang patut sangat la diorang kena tenyeh dengan Datuk Seri Zahid baru - baru ni. Bila kena sergah macam tu, lagi banyak la kesilapan yang diorang akan buat. Lepas ni, SH sarankan supaya DS Zahid ambik tindakan yang sepatutnya. Baru Padan Muka diorang!!!
Selepas teruk dihentam di dalam satu sidang media,Malaysiakini dilihat masih tidak berpuas hati dengan Zahid Hamidi.Bermula dengan kenyataan bahawa Zahid Hamidi tidak profesional dan yang terbaru mereka dilihat cuba burukkan Zahid Hamidi dengan pertubuhan 3 LINE.

Dipetik dari portal tersebut,Zahid Hamidi ada membuat kenyataan tersebut dalam satu acara di Melaka pada Jumaat lalu, di mana beliau mengugut para wartawan yang hadir bahawa beliau akan menutup akhbar masing-masing sekiranya mereka melaporkan kenyataannya.

Malaysiakini bagaimanapun berjaya mendapatkan rakaman ucapan selama 20 minit di mana beliau mendakwa sedang berucap kepada perwakilan Umno, dalam majlis yang kelihatan seperti acara kerajaan.

Ahmad Zahid memulakan ucapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Air Keroh itu dengan mengisytiharkan bahawa Ops Cantas yang dijalankan pasukan polis tidak mengenal warna kulit.

Katanya, polis memeriksa seramai 178,217 orang Melayu, 77,104 orang Cina dan 73,505 orang India serta 51,517 kaum lain dalam operasi memerangi kumpulan kongsi gelap itu.

Tambahnya, dari jumlah itu, seramai 14,511 orang didapati anggota kongsi gelap – 6,171 orang Melayu, 1,701 Cina, 3,685 India dan 2,954 kaum lain.

Kemudiannya, beliau menyebut mengenai kumpulan Tiga Line dan mengumumkan bahawa kumpulan itu bukanlah “samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara”.

“Tapi yang Melayu 6,171 ini, bukan samseng betul. Mereka dulu anggota Pekida, mereka merupakan kumpulan Tiga Line, Geng 30, Geng 7, ini gengster kenduri kendara...

“Saya beritahu kawan-kawan Tiga Line itu, jalankan apa yang patut,” katanya yang disambut sorakan dari para hadirin.

Tiga Line merupakan antara 47 kumpulan kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementeri Dalam Negeri pada Ogos lalu dan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.



No comments:

Post a Comment

Member BSK