Jumlah Pengunjung

Saturday 26 October 2013

FAIZAL ISMAIL BERHENTI SEBAB BERTUMBUK ???



Penyampai radio Hot FM, Mohd. Faizal Ismail atau FBI akan membuat pengumuman rasmi mengenai peletakan jawatannya Rabu depan.

Hal itu diberitahu oleh pihak pengurusan Rangkaian Media Prima Berhad yang turut memberitahu bahawa tiada kenyataan akan dikeluarkan oleh Faizal buat masa ini.

"Buat masa ini Faizal memang enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut sebaliknya semua akan diberitahu pada sidang media tersebut,"

Faizal yang dihubungi hari ini dan semalam juga tidak menjawab panggilan.
Penyampai radio berusia 37 tahun, semalam membuat pengakuan dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM dengan notis berkuat kuasa hari ini, 24 Oktober 2013."



No comments:

Post a Comment

Member BSK