PANAS TERIK!! PERHIMPUNAN 12 JAN NI ADALAH UNTUK MERAIKAN PENZINAAN ANWAR DAN SHAMSIDAR!
12
Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka
akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan
kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang
pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka
akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta,
maka himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat
penyokong mereka yang semakin malap.
Namun,
pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan yang juga
dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar,
iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes
Liwat 1 Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di
mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar
nikah. Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut
dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut
dikatakan berlaku atas restu Azmin.
Semua
kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus
menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama itu juga, tiada
sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk
membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan
nama Anwar dan juga Azmin.
Kemuncaknya
ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar
merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh
Anwar biseksual”.
Setelah
tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak
benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan
serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang
menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam
beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan
beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan
sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar. Terlambat
menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar
nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi. Namun, permohonan
Anwar gagal.
Oleh
itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha
terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga
boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama
Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak
berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.
Sedangkan,
logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama
mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan
Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual
seperti didakwa Nallakaruppan?
Walaubagaimanapun,
pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh
Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama
dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah
tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia
tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.
Nampaknya,
penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi
pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga
menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu
mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun
di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas
solat Jumaat?
Maka,
strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini
iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua
himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.
No comments:
Post a Comment