HIMPUNAN 30 FATWA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT ~
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah
berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak
mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang
tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara
Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik
Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. "Terdapat unsur
kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran
negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang
Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. "Jika melawan UMNO
tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik
Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. "Allah sendiri
gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri
berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di
mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam
mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita
tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan
pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari
1999.
7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang
kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan
Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. "Islam tidak melarang umatnya
mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada
tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik
Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. "Kelantan
menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung
kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri
boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk
menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik
Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
10. "Bagi penjualan
arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu
sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan
Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19
November 1992.
11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi
untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada
Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat,
Berita Harian, 25 Jun 1999.
12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang
belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April
1995.
14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga
dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda,
melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan
keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota
Bharu, 1999.
16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana
Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh
Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November
1999.
17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim
tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku,
kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat,
Harakah, 4 Mac 2001.
18. "Tafsiran negara Islam yang
dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan
Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." -
Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
19. "Ini penting
kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha
memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di
Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya
masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang
Baru, Marang, Oktober 2001.
21. “Jika ada parti lain yang
menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia
adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
22.
“Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah
APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz
Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
23. “Kerajaan PAS
Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil
membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai
tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik
Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
24. “Ya Allah, aku
mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak
simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei
1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis
makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
25.
“UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk
al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa
oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat
palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak
boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat
pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri
boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar
di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
27. “Jika Nabi Muhammad
boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum
Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan
DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999
28.
"Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan
seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana
dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat...
tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae
(berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang
lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang
lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala.
Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala.
Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir,
al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita
panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya
(orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu
daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan
(handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau)
samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu
somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah
nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong
Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu
Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
29. “Islam
bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.
Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir
akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz
Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada
17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil
Permatang Pasir.
30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan
Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik
Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009
No comments:
Post a Comment