Gara-gara mahu
melepaskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa dalam operasi cegah
maksiat sempena tahun baru, seorang wanita sanggup mengaku dengan
mengatakan dia adalah puteri kepada seorang sultan.
Wanita berusia
26 tahun itu sanggup menipu sehingga begitu sekali kerana ingin
melepaskan diri ketika ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat hiburan Jalan Doraisamy, Kuala
lumpur.
Malah, bagi
menambahkan keyakinan pihak berkuasa, wanita yang berasal dari Kapit,
Sarawak itu turut mendakwa telah membuat satu laporan polis berhubung
statusnya pada 3 November lalu.
Bagaimanapun, usahanya untuk menipu nyata tidak berhasil dan gagal.
Menurut Ketua
Bahagian Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad, keseluruhan yang
dikenakan tindakan adalah 110 orang daripada kira- kira 500 pengunjung
beragama Islam di pusat hiburan itu.
Katanya, mereka
ditahan kerana menghalang pihak berkuasa melakukan pemeriksaan, lelaki
berpakaian wanita dan sebaliknya serta minum arak.
“Kesemua yang
dikenakan tindakan berusia lingkungan 20 hingga 30 an dan rata-rata
berasal dari luar Lembah Klang termasuk dari Kelantan, Kedah dan Johor.
“Operasi kali
kedua di Jalan Doraisamy itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam
berhubung pusat hiburan yang menjadi lokasi tumpuan umat Islam setiap
kali sambutan tahun baharu,” katanya yang yang dipetik dari Utusan.
Tidak sangka panjang akal juga wanita ini. Iyalah dah takut jadi macam-macam alasan yang keluar. KASIH ISA
No comments:
Post a Comment