Kadang kadang
kita tertanya tanya dengan ragam dan gaya pelbagai laku manusia. Apakah
tudung yang mereka pakai hanyalah untuk hiasan atau fesyen dan bukannya
memenuhi tuntutan agama.? Soalan ini sukar untuk dijawab oleh sesiapa
melainkan pelakunya. Apa pun itu hak masing masing kan? Mana tahu mereka
akan berubah kepada yang lebih baik dari kita. Kita sekadar terntanya
tanya dengan pemandangan yang menganggu mata.
Islam
menggariskan aurat wanita melibatkan seluruh anggota tubuhnya kecuali
wajah dan dua telapak tangan. Namun, ramai kalangan wanita Muslim gagal
menutup aurat dengan sempurna sebagaimana dituntut syariat.Walaupun
menutup kepala dengan pelbagai fesyen tudung, tetapi pada masa sama
mereka menonjolkan potongan tubuh badan kepada awam.
Entah di mana silapnya, wanita sekarang seolah-olah keliru dan dalam
dilema antara tuntutan hukum dengan realiti dalam masyarakat.
Kemunculan pelbagai fesyen dewasa ini membuktikan mereka bijak
berfesyen, namun pada masa sama mengetepikan soal aurat yang tidak
seharusnya didedahkan atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal
dilihat kepadanya.
Sebagai Muslimah, tidak salah untuk berfesyen, tetapi biarlah fesyen
sama ada pakaian mahupun tudung yang diperagakan itu tidak keterlaluan
dan boleh menimbulkan fitnah.
Sebenarnya, kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana
ketaatannya kepada Allah SWT, bukannya merasakan kaum lelaki tertawan
disebabkan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur
keagamaan dalam dirinya.
Islam sebenarnya tidak menetapkan pakaian khusus untuk wanita Islam.
Asalkan pakaian yang digayakan itu longgar, tidak jarang, tidak terlalu
menarik perhatian (glamour), tidak menyerupai jantina lain dan tidak
menyerupai simbolik agama lain, boleh dipakai oleh wanita itu.
Bagaimanapun
tidak semua Muslimah berpakaian mendedahkan aurat. Mungkin golongan
terbabit tidak memahami tuntutan agama dan hanya tahu pakaian yang
digayakan itu satu fesyen sahaja tanpa mengambil kira kehendak Islam itu
sendiri.
Jika mereka memahami bahawa hukum menutup aurat adalah wajib, maka tidak
timbul situasi wanita berpakaian seksi, sebaliknya Malaysia mampu
melahirkan lebih ramai Muslimah sejati serta dapat menjadi hamba terbaik
di sisi Allah.
Penulis sendiri
pun pun tertanya-tanya mengapa kita kurang pereka busana Muslimah dalam
negara. Bukan tidak ada yang mereka cipta pakaian begitu, ada, cuma
tidak sekencang pereka fesyen yang menampilkan rekaan untuk peragaan
pentas atau majlis-majlis gah seperti digayakan artis, model, orang
kenamaan dan golongan berwang.Mungkin
kerana terlalu mengejar keuntungan, nama dan mahukan perhatian segera
menyebabkan individu berbakat dalam bidang rekaan fesyen memilih untuk
bergelar pereka fesyen moden dan kontemporari.
Tambahan pula, ada kalangan mereka beranggapan sumber pendapatan
(rezeki) tidak sehebat berbanding mencipta gaya fesyen terkini.
Pengakhirannya, rekaan moden dan stylo menjadi pilihan.
Dalam Islam, apa yang berlaku kehendak Allah. Begitu juga dengan rezeki.
Sama ada sedikit atau banyak, bersyukurlah kerana sesungguhnya rezeki
itu adalah daripada Allah. Allah yang maha mengetahui segala-galanya
mengapa diberinya kadar rezeki kita berbeza-beza setiap hari.
Begitu juga dengan pereka pakaian Muslimah, mereka tidak perlu gusar
jika pendapatan tidak seperti yang dimahukan dan bimbang jika gagal
bersaing dengan pereka fesyen lain. Itu adalah ujian daripada Allah.
Sebagai umat-Nya, mereka perlu ingat, jika menerima rezeki, bersyukurlah
dengan memperbanyakkan ibadat, moga Allah akan tambah rezekinya lagi.
Surah 29
Al-Ankabut ayat 62 “Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang
dikehendaki-Nya di antara hamba-hambanya dan Dia yang menyempitkan
baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.”Sementara
itu, aurat lelaki adalah di antara pusat hingga ke lutut. Aurat lelaki
lebih longgar daripada aurat wanita. Namun, lelaki tidak boleh
meremeh-remehkan tuntutan menutup aurat. Lelaki yang tidak memakai baju
perlu menjaga agar tidak menampakkan aurat mereka.
Hikmah di sebalik menutup aurat ialah dapat mengelakkan kejahatan,
maksiat dan menjaga maruah serta harga diri. Oleh itu, cara berpakaian
lelaki juga mesti memenuhi tujuan tersebut.
Mempamerkan tubuh bukan merupakan satu kesalahan pada asalnya kerana
bukan merupakan aurat. Walau bagaimanapun dikhuatiri boleh menjurus
kepada perkara kejahatan sekiranya mempamerkan tubuh dengan aksi dan
gaya yang tidak sepatutnya untuk tatapan umum tanpa rasa malu apatah
lagi sehingga menyalahi hikmah menutup aurat.
No comments:
Post a Comment