Jumlah Pengunjung

Wednesday, 16 January 2013

BANGLO BARU PEMIMPIN PAS !!!


Banglo sape ni beb ??? Dengar kata Banglo ni kepunyaan seorang pemimpin PAS 
yang baru meningkat naik namanya. Zaman sekarang masuk PAS boleh jadi kaya !!

Umum mengetahui bahawa pemimpin Pas dan pakatan haram memang bijak
 bermain silap mata di hadapan rakyat.

Kehadiran mereka ke ceramah-ceramah dengan menaiki kenderaan biasa
 berjaya mengaburi mata rakyat yang menyangka mereka adalah orang 
yang biasa-biasa sahaja.

Lebih celaka, dalam ceramah, mereka pula tuduh orang lain hidup mewah
 kerana amalan rasuah dan pelbagai. Jadi itu antara modal yang digunakan untuk 
mengutip wang rakyat melalui derma politik di dalam ceramah pakatan haram.

Sedangkan, di belakang rakyat mereka juga sebenarnya hidup senang lenang
 dengan kemewahan yang menakjubkan. Ada yang memiliki kenderaan
 mewah lebih dari sebuah.

Ini tidak termasuk kapal layar peribadi, rumah penginapan di luar negara dan
 macam-macam lagi yang rakyat tidak tahu.

Walaupun hakikatnya, mereka ini tidak punya pekerjaan melainkan 
menghambakan diri kepada parti politiknya dan siang-malam asyik maki
 hamun di dalam ceramah sahaja.

Jadi, mana datangnya sumber kekayaan itu?

Lain ceritanya pula, gambar di atas menunjukkan kediaman milik bakal calon Pas 
bagi parlimen Larut pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13).

Kediaman adalah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
 Bukit Aman, Dato' Mohd Fauzi bin Shaari yang terletak di No 7 Jalan 15/10,
 Seksyen 10, 40000 Shah Alam.

Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk 
di situ kerana dibina di kawasan riadah.

Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa.
 Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin Pas.

Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang
 dikatakan punya kemudahan lif ini? Adakah kekayaan ini dikumpul 
ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?

Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima 
RM15,000 setiap kali berceramah?

Wah! Patut la dia seronok nak masuk PAS? Tapi dari satu lagi cerita 
yang aku dengar, dia ni masa dalam polis lagi dah kaya, khabarnya dia
 ada ptrol station beberapa biji. Nampaknya kena siasat lagi la pasal Fauzi ni, 
masa dalam perkhidmatan lain, dah keluar jadi lain..donia..donia


No comments:

Post a Comment

Member BSK