Jumlah Pengunjung

Wednesday 2 January 2013

CABAR ANWAR ADAKAN PERHIMPUNAN KALIMAH ALLAH !!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menjelaskan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah yang dibangkitkan semula oleh sekutunya, Lim Guan Eng.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah berkata, himpunan itu kelak boleh dijadikan pentas untuk Anwar menyatakan pendiriannya mengenai perutusan Guan Eng sempena Hari Krismas baru-baru ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
"Saya dengar pembangkang mahu mengadakan Himpunan Shamsidar. Jadi, Anwar juga perlu mengadakan perhimpunan untuk menjelaskan pendiriannya mengenai permintaan Guan Eng yang mahukan kalimah Allah turut digunakan dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia.
"Kalau benar Anwar seorang pemimpin hebat, mengapa membisu dan bersikap penakut kerana dia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
...



No comments:

Post a Comment

Member BSK