Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) turut akur
dengan pendirian
terbaharu Mesyuarat Majlis Syura Ulama parti itu
kelmarin dan senada dengan
kenyataan bertulis Mursyidul Am Pas, Datuk
Nik Aziz Nik Mat yang ditandatangani
bersama timbalannya, Datuk Dr.
Haron Din.
Abdul Hadi gagal dihubungi sebaliknya memberikan respons itu menerusi
Pembantu Khasnya, Zaihan Daud ketika dihubungi di sini hari ini, sambil
mengesahkan Presiden Pas itu ketika ini kurang sihat.
Zaihan yang enggan mengulas lanjut mengenainya berkata, isu berkenaan
disifatkan telah selesai dan menegaskan pendirian Abdul Hadi adalah
sama
dengan kenyataan Nik Aziz bahawa kalimah Allah hanya khusus
untuk
agama Islam.
Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Abdul Hadi, Dr. Ahmad
Samsuri
Mokhtar berkata, pendirian Presiden Pas mengenai kalimah Allah
diperjelaskan
dalam kenyataan bertulis Abdul Hadi semalam iaitu sehari
selepas kenyataan
Majlis Syura Ulama.
Beliau bagaimanapun mendakwa media arus perdana hanya memetik
sebahagian daripada kandungan kenyataan tersebut dan bukan
kesemua isi
kandungan itu.
No comments:
Post a Comment