Jumlah Pengunjung

Sunday, 20 January 2013

aku nampak perjuangan mereka kerana dunia !!!



Tidak dapat aku nafikan memang apa yg akan aku dedahkan di bawah adalah benar belaka, di tempat aku juga terdapat beberapa ahli PAS yg tiba2 memberanikan diri utk berjuang kononnya mahu menegakkan ISLAM.
Kemenangan PAS Kelantan sekurang-kurangnya telah membuka mata segelintir pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri mahu pun kawasan. Mereka juga berpeluang hidup mewah setelah bergelar YB  pas. Ada yg hanya beberapa bulan jadi YB pas telah menukar kereta baru, rumah baru dan tinggal di hotel mewah semasa hadir mesyuarat di parlimen. Tak kurang juga yg menambah isteri baru yang lebih muda, lebih cantik. Tak cukup dalam Negara, pergi cari luar Negara. Istilah kata, mulai lupa daratan, caicng telah naik kemata. Kenapa sanggup berhutang dengan BANK untuk membeli kereta baru atau rumah baru. Di mana istilah RIBA yang pernah PAS persoalkan dulu ?
Tun Dr. Mahathir satu ketika dulu pernah mencadangkan supaya tafsir ayat AL-QURAN oleh ulama lalu di kaji semula supaya sesuai dengan keadaan semasa berdasarkan pandangan ulama terkini. Walau pun pada dasarnya pimpinan pas menentang cadangan itu, nampaknya secara diam-diam mereka mendahului ulama UMNO. KALAU DULU ULAMA PAS KATA BERCAMPUR PEMERINTAHAN DENGAN ORANG KAFIR ADALAH HARAM, sekarang mereka pula memilih DAP sebagai kawan. Kononya ada maslahah, ada tujuan dan matlamat. Semata-mata berpakat untuk jatuhkan BN/UMNO. Selepas itu, kalau nak bergaduh sesame anggota pakatan tidak menjadi hal lagi….



“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. 
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “



No comments:

Post a Comment

Member BSK