Hishamuddin Rais cakap besar kononnya, Himpunan Sokong Shamsidar telah berjaya menghimpunkan 500,000 orang walaupun hakikatnya, kapasiti Stadium Merdeka jangankan 500,000, nak masuk 50,000 pun adalah mustahil sama sekali.
Namun sesuatu yang menjadi tarikan dan perlu diperkatakan ialah, ketika Anwar Ibrahim mulai berucap, para penonton yang datang tanpa sebarang tujuan, mulai meninggalkan pekarangan Stadium Merdeka dan enggan mendengar cakap Anwar.
Jadual Himpunan Sokong Shamsidar sepatutnya berakhir selepas solat maghrib. namun yang menjadi kenyataan ialah, Himpunan Sokong Shamsidar terpaksa dihabiskan lebih awal iaitu sehingga jam 5.00 petang sahaja.
Anwar yang mungkin berhajat ingin bercakap selama berjam-jam seperti yang sering dilakukannya tetapi apabila melihat lebih ramai yang meninggalkan Stadium Merdeka, akhirnya Anwar terpaksa menelan kahaknya sendiri dan memendekkan ucapannya.
Belum pun sampai 15 minit berucap, Anwar mulai kelat air mukanya apabila melihat di seberang pentas, bangku-bangku kosong semakin banyak dan bertambah-tambah.
Himpunan Sokong Shamsidar mulai diperkatakan kerana ia tidak mempunyai arah tujuan. Dari tengah malam sehinggalah ke pukul 2:00 petang, para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya puak-puak PAS, langsung hilang tumpuan.
Ditambah pula dengan provokasi yang cuba dibangkitkan dan dilakukan oleh geng Hishamuddin Rais tidak menjadi kenyataan dan dilayan oleh PDRM, selain tiada juga sekatan jalanraya yang dibuat serta venue utama tidak lagi di jalan-jalanraya sebaliknya di Stadium Merdeka, para penyokong Pakatan Rakyat tidak ubah seperti ayam basah kepala.
Himpunan tersebut telah mengesahkan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini bahawa kerajaan memang tidak akan menghalang sebarang perhimpunan sekiranya dilakukan secara aman. Perhimpunan aman tidak boleh dilakukan di jalan-jalanraya sepertimana yang seringkali dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Hishamuddin Rais tentu tengah mabuk ganja lagi apabila dia menyatakan bahawa Himpunan Sokong Shamsidar telah dihadiri 500,000 orang walhal Stadium Merdeka cuma berkapasiti 30,000!!!
No comments:
Post a Comment