Jumlah Pengunjung

Sunday 20 January 2013

Karnival Pelancaran Promosi Visit Malaysia 2014 !!!



Semperna Karnival Pelancaran Promosi Visit Malaysia 2014 semalam, aku berkesempatan untuk hadir ke majlis  tersebut semalam. Tak sempat aku nak post cerita ni malam tadi sebab badan terlalu penat. Mana tidaknya, nak parking kereta pon punya la jauh, orang yang hadir memang terlalu ramai. Rata-rata pengunjung memang gembira dengan majlis tersebut. Walaupon badan penat, tapi aku dan kawan2 aku masih gagah berjalan kerana teruja dengan apa yang kami nampak disana. Terima kasih kerajaan BARISAN NASIONAL kerana sentiasa perihatin dengan minat rakyat malaysia. Macam2 gerai aku nampak, paling happening aku nampak kat gerai makanan, hehe...  rakyat malaysia ni memang kuat makan, ALHAMDULILLAH atas nikmat yang ALLAH berikan pada rakyat malaysia sejak dari negara kita merdeka hingga sekarang aku belom pernah nampak lagi rakyat malaysia ni mati tak makan. Saban hari pelancong dari luar negara semakin bertambah datang melawat ke negara kita, semuanya kerana tiada peperangan...  tidak aku nafikan inilah corak pemerintahan KERAJAAN BARISAN NASIONAL dari dulu hingga sekarang. Antara gerai yang memang comfirm aku selalu singgah adalah di gerai KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, bukannya apa, aku selalu perhatikan KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN sentiasa menyediakan kemudahan dan berbagai aktiviti untuk BELIA2 kita. Hanya pada sesiapa yang selalu singgah ke gerai kementerian ni saja yang akan dapat mengetahui apa aktiviti terbaru dari kementerian. Belia2 KL aku tengok memang sporting...  mereka menjadikan sukan sebagai kerjaya hingga ke peringkat dunia. Aku berbangga dengan HAFIZ (MOTO2) ZULFAHMI (MOTO3) NABIL (F3) NAZMI FAIZ (BOLA SEPAK) dan ramai lagi la...  gaji mereka dengan bersukan saja beratus ribu ringgit...  dan ada yang mencecah jutaan ringgit gaji mereka sekarang. Apa yang aku nampak hasil dari kepimpinan MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA sekarang memang memberansangkan... aku harap PERDANA MENTERI kita kekalkanlah Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  sebagai MENTERI BELIA DAN SUKAN. Susah nak dapat menteri yang boleh bekerja keras dan mempunyai idea bijak seperti dia...  ok la..  malas aku nak celoteh panjang, korang tengok la gambar2 sekitar majlis pelancaran semalam.


















No comments:

Post a Comment

Member BSK