Bukan nk cerita.. tapi gua nk bagi tahu jer... mlm ni gua di pulau pinang krn ada satu misi penting... MISI MENCARI NASI KANDAR.... wakakawka... tara apa sangat.. sesaje gua nk tgok pentadbiran KERAjaan pulau pinang skrg, apa pon gua nk beritahu esok ada cite yg best utk anak muda.. sambil2 dh menjenguk kt blog gua ni.. lu org baca la cite KOMUNIS kt bawah ni...
haha...
GEMPAR ! Guan Eng pasti malu besar pendedahan terbaru ini !
Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Hing Teik berkata, pihaknya bimbang kerajaan negeri akan bankrap sekiranya gagal mengawal defisit yang sudah berterusan dua tahun berturut-turut.
"Jika ia berterusan tahun ini akan menjadi tahun ketiga berturut-turut Pulau Pinang mempunyai bajet defisit. Kaedah pentadbiran sebegini tidak boleh berterusan kerana rakyat yang akan menjadi mangsa.
“Perkara ini sangat membimbangkan rakyat dan sekiranya dibiarkan berterusan tanpa ada langkah konkrit diambil oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, negeri ini sedang menuju ke arah bankrap," katanya pada sidang media di sini.
Hing Tiek yang juga Ketua Pemuda MCA negeri berkata, berdasarkan angka yang diperolehi daripada laporan beberapa akhbar berbahasa Cina itu, kali pertama kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit pada 2011 iaitu sebanyak RM107.78 juta.
“Jumlah itu kemudiannya terus meningkat pada tahun lepas iaitu sebanyak RM105.93 juta menjadi RM213.71 juta.
"Perkara tersebut menunjukkan kerajaan negeri tidak dapat membuat perbelanjaan berhemah dan membazirkan duit rakyat," katanya.
Hing Teik berkata Guan Eng perlu memberi penjelasan sewajarnya mengenai peningkatan defisit belanjawan dua tahun berturut-turut dan mendedahkan kepada umum baki terkumpul negeri.
"Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu tampil dan menjelaskan kepada rakyat sebelum Isnin depan dan sekiranya gagal kami akan menyerahkan replika sijil pencapaian kepadanya kerana mempunyai defisit kedua tertinggi.
"Tindakan ini terpaksa dilakukan kerana BN yang mewakili rakyat, risaukan masa depan Pulau Pinang sekiranya ia bangkrap," katanya.
No comments:
Post a Comment