SIAPA MINAH NI???
Itu soalan yang sahabat gua tanya bila dia dengar cerita pasal Si Shamsisar ni. Dia kata dia sendiri tak kenal dengan minah tu. Kenapa pulak dia boleh jadi famous?
Apa yang istimewa sangat dangan Si Shamsidar ni sampai ada pihak yang nak buat Himpunan khusus untuk dia? Dia tu pemimpin ke?
Dia tu selebriti ke? Atau adakah dia seorang manusia yang teraniaya dan dizalimi? Bukan. Dia bukan la seperti mana yang didakwa oleh sahabat Semut tu.
Si Shamsidar ni sebenarnya seorang isteri yang didakwa berselingkuh dengan suami orang. Sebab itulah nama dia menjadi hangat sejak kebelakangan ni.
Jika benar perkara yang didakwa itu berlaku, adakah layak bagi orang seperti Si Shamsidar ni dibuat perhimpunan khusus untuk dia?
Namun persoalan yang utama masih lagi tidak dapat dijawab. Untuk apa diorang nak buat Himpunan khusus untuk dia sedangkan dia bukannya siapa sangat pun.
Tapi, apa boleh ye tak. Dah memang itulah jenis manusianya puak - puak Pakatan pembangkang ni. Diorang ni memang jenis manusia yang suka mengabihkan masa tak tentu arah. Kerja buat kecoh je yang diorang tau. Bukannya diorang ada kerja lain!!!
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.
Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.
“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?
“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.
Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.
Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.
No comments:
Post a Comment