Jumlah Pengunjung

Sunday, 6 January 2013

MENGAPA RAKYAT HINA SEBEGINI RUPA !!!



Betapa HINAnya PAS Dengan Berita Ini !!


Soal perpaduan di antara PAS dan UMNO rasanya sudah menjadi cerita basi jika dibicarakan ketika ini.Semuanya kerana sikap pemimpin PAS sendiri yang secara terang-terangan menolak sebarang usaha kearah mewujudkan kerajaan perpaduan sebelum ini.

Malah dalam suasana politik dan tsunami politik yang melanda parti UMNO dan BN khususnya pada 2008 yang lalu membangkitkan satu perasaan bongkak dan takbur parti tersebut.Pernah satu ketika Presiden PAS Hadi Awang menyatakan serta mempersoalkan rasionalnya PAS bersama dengan UMNO kerana mereka beranggapan penyatuan itu hanya akan membantu UMNO yang sudah semakin tenat dan hanya menunggu masa untuk berkubur.

Begitulah antara kata-kata bongkak pemimpin PAS yang diangkat sebagai ulama walaupun hakikatnya sikap mereka jauh sekali berbeza jika nak di samakan dengan sifat dan sikap ulama sebenar.Baca Sini 

Memperkuatkan lagi hujah ini lihat saja apa yang berlaku terhadap Hasan Ali yang dipecat hanya kerana memperjuangkan soal arak di Selangor.Baca Sini 

Apa pun hari ini PAS dan seluruh pengikutnya perlu bermuhasabah diri kerana berita di bawah jelas sekali membuktikan betapa HINAnya mereka jika nak dibandingkan dengan bangsa lain di negara kita.
GEORGETOWN 3 Jan. - Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang didakwa memukul seorang wartawan dalam kejadian di pangsapuri di Jalan Perak di sini 30 Dis lepas, hari ini menyatakan kesediaan memohon maaf kepada mangsa.
Lim Ah Chai, 52, berkata, beliau berharap dapat bertemu secara bersemuka dengan wartawan akhbar Guan Ming Daily, Ang Kean Siang bagi tujuan itu.
Katanya, beliau juga telah hadir memberi keterangan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam.
Lim ditemui pemberita pada sidang media yang diadakan Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo di sini.
Sementara itu, Jagdeep berkata beliau akan berusaha mengatur pertemuan kedua-dua pihak dalam masa terdekat. - BERNAMA
Bayangkan mereka yang terlibat dalam insiden tersebut adalah bangsa Cina dan boleh pula berlapang dada mencari jalan penyelesaian dengan kesediaan untuk bersemuka dan memohon maaf.

Mengapa dalam soal perpaduan sesama bangsa Melayu dan umat Islam , PAS lebih sanggup bersahabat dengan DApigs daripada bersama UMNO ?

Apakah ianya kerana amanat Haji Hadi semata-mata ? Rasanya tidak kerana PAS di pimpin oleh pemimpin yang mempunyai hasad dengki dan dendam yang terlalu menebal sehingga mereka yang sebangsa dan seagama di KAFIRKAN...

Lihatlah betapa jijik dan hinanya PAS hari ini..

Perlu diingat UMNO sudah pun membuka jalan dan sehingga kini masih serta bersedia bila-bila masa untuk bersama atas nama bangsa dan agama namun yang menjadi batu penghalangnya adalah pemimpin PAS yang hari ini semakin tersepit dengan sikap angkuh dan bongkak mereka.

Kepada anda di luar sana fikirkan sejenak apakah PAS mampu menyatukan dan memperkuatkan Islam ?

Hinanya PAS !!



No comments:

Post a Comment

Member BSK