MODEL KELAHIRAN PKR SOKONG BARISAN NASIONAL !!! ANWAR IBRAHIM MENGAMUK...
Panasss Bebbb dan Kecoh pasal Model Remaja Dikecam Ekoran Tweet Sensasi menyokong Usaha kerajaan BN jadinya melompatlah Puak taksub pembangkang dalam twitter.
PETALING JAYA: Seorang 'bintang Twitter' dilahirkan selepas penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) anjuran pembangkang berlangsung pada Sabtu lalu.
Model sambilan, Shasha Mendoza secara tiba-tiba menjadi sensasi di alam siber selepas menghantar tweet menyokong kerajaan.
Dia menerima kritikan daripada penyokong pembangkang.
Tweet-nya berbunyi: "Kepada penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan.
"Anwar berjanji untuk memberikan pendidikan percuma untuk rakyat. Itu semua adalah pembohongan. Mana Anwar nak dapatkan berjuta-juta ringgit untuk bayar hutang rakyat? Fikir."
Pandangannya itu kemudianya menerima kritikan apabila dia 'diserang' penyokong pembangkang di laman sosial berkenaan.
Seorang pengguna Twitter menghantar tweet kepada Shasha: "Saya pasti anda bodoh kerana anda hanya menonton berita TV3."
Bagaimanapun pelajar universiti berusia 19 tahun berkata, kritikan ganas yang diterimanya itu tidak akan menjejaskan atau mengubah pendiriannya kepada Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak takut diserang oleh penyokong pro-pembangkang. Saya akan berdiri teguh dan masih akan menyokong kerajaan.
"Kerajaan kita sudah menyediakan pelbagai bantuan yang diperlukan rakyat termasuk pendidikan yang baik, akses yang mudah kepada kemudahan kesihatan dan elaun khas bagi golongan yang memerlukan.
"Namun ada sesetengah orang tidak menyedari perkara ini," katanya kepada The Star pada Ahad.
Menurut Shasha dia tidak ditekan untuk memadam mana tweetnya dan menambah: "Kita hidup dalam sebuah negara yang aman dan harmoni dengan ekonomi yang stabil kerana dasar-dasar kerajaan.
"Sudah tentu beberapa dasar yang dibuat tidak berlaku dengan sempurna tetapi saya percaya kita hidup dalam sebuah negara yang begitu diberkati."
Ditanya jika dia merancang untuk menyertai politik, dia menyatakan minat tetapi hanya akan melakukannya selepas mencecah usia 21 tahun dan menamatkan pengajiannya.
No comments:
Post a Comment