Jumlah Pengunjung

Sunday, 6 January 2013

PAS BUTA SEJARAH !!! PENCACAI IKUT JER....




Mutakhir ini, rakyat sedang disajikan dengan pelbagai sandiwara politik pembangkang yang ternyata memualkan. Atas cita-cita besar mahu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO, maka tidak hairanlah kenapa pembangkang khususnya PAS, DAP dan PKR serta puak-puak yang bersimpati dengannya terus menaburkan dakyah dan fatwa songsang.

Atas tuntutan nafsu mahu berkuasa, pembangkang juga kini sanggup melakukan apa sahaja bagi menagih simpati rakyat, walaupun terpaksa menafikan hakikat sejarah keunggulan perjuangan UMNO, sejak zaman pra-kemerdekaan hingga ke hari ini. Bermacam-macam cerita yang memang diragui kesahihannya sengaja direka oleh pembangkang, manakala fakta sebenar dipadamkan dengan sewenang-wenangnya.

Rakyat cuba disogokkan dengan beraneka kepalsuan dan kepura-puraan pembangkang yang terus-terusan dijaja sebagai modal politik murahan.

Berdasarkan kepada realiti yang berlaku hari ini juga, maka seluruh orang Melayu, dan rakyat Malaysia, , sepatutnya tidak terperangkap dengan fatwa songsang pembangkang yang cuba membelakangkan sejarah perjuangan UMNO.

Persoalan-persoalan yang dipaparkan di sini sudah cukup untuk menjawab segala tohmah dan dakyah pembangkang, sekaligus menguatkan keyakinan kita bahawa UMNO tetap relevan sepanjang zaman dan terus prihatin terhadap masa depan agama, bangsa dan negara.

Persoalan-persoalan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :-

Siapa yang menentang Malayan Union?
Siapa yang memperjuangkan semangat hidup Melayu?
Siapa yang memperjuangkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?
Siapa yang memperkenalkan rancangan pembangunan luar bandar selepas merdeka?
Siapa yang berjaya menumpaskan konfrontasi dengan Indonesia?
Siapa yang menentang dan mempertahankan serangan PAP ketika krisis dengan Singapura pada tahun 1965?
Siapa yang berjuang mempertahankan Bahasa Melayu?
Siapa yang mempertahankan hak kerakyatan?
Siapa yang mempertahankan kesucian agama Islam?
Siapa yang mengembalikan keamanan selepas krisis 13 Mei 1969?
Siapa yang memperkenalkan Dasar Pelajaran Kebangsaan?
Siapa yang melaksanakan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971?
Siapa yang membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat?
Siapa yang menubuhkan Felda, Felcra serta Perbadanan Ekonomi Negeri?
Siapa yang mencipta kelas menengah Melayu dan peniaga serta ahli korporat?
Siapa yang memperjuangkan "Malaysia Boleh" yang menjadikan Malaysia negara maju?
Dan yang paling penting, siapa yang membawa keamanan, kestabilan dan semangat tolak ansur untuk hidup secara damai di bumi Malaysia yang didiami pelbagai kaum?
Apakah UMNO pernah mengajak orang Melayu jangan bekerjasama dengan rakyat bukan Melayu dan menolak kebebasan beragama di negara ini?
Apakah UMNO memaksa rakyat bukan Melayu supaya menerima budaya Melayu dan menganut agama Islam sejak UMNO mendapat kuasa pemerintahan semenjak 1957?
Apakah UMNO menyekat kebebasan orang bukan Melayu dan orang asing untuk sama-sama mencari rezeki di negara ini?

SEJARAH TIDAK PANDAI BERBOHONG, TAPI YANG PINTAR DAN LICIK BERBOHONG ADALAH PAS DAN RAKAN-RAKANNYA. PAS CUMA PENTINGKAN AGENDA POLITIK, BUKAN AGENDA BANGSA DAN NEGARA.

Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment

Member BSK