Jumlah Pengunjung

Friday 18 January 2013

PEJABAT PERDANA MENTERI HARUS AMBIL TINDAKAN SEGERA !!!


Seluruh perwakilan ke Mesyuarat Agung MBM sudah tahu bahawa Dato Irmohizam Ibrahim J.P. mendakwa kononnya team beliau bersama Jais Karim (GPMS)diminta oleh Pejabat Perdana Menteri bertanding menentang Muhammad Maliki Rapiee. 

 Team Three Stooges ini sibuk mengatur agenda melingkupkan MBM tanpa pengetahuan Perdana Menteri. Sekarang ini hendak Pejabat Perdana Menteri jelaskan adaah benar dakwaan Irmohizam bahawa PM minta beliau bertanding. Jangan jadi macam Majlis Belia Selangor, sibuk jual nama PM tapi bila menang apa pun tak bergerak sehingga sekarang.


[Sejak bila Irmohizam jadi pengakap ini? Masuk pengakap pun secara tipu sebab nak bertanding dalam MBM beberapa tahun lalu. Saya tahu siapa Persuruhjaya Pengakap yang menipu keahlian Irmohizam dalam pengakap dulu. Pengakap konon, ikatan pengakap pun tak tahu]. 

Cukuplah memalukan nama PM dalam pemilihan MBM yang lalu sehingga Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Sahalan Nasution, terpaksa masuk campur meredakan keadaan dengan memaklumkan PM tidak memberi sebarang restu kepada sesiapa untuk bertanding dalam MBM melalui pejabatnya. Kalau benar Irmohizam mahu memegang jawatan tinggi dalam MBM, buktikan dulu melalui MBS, bukannya menjual nama PM.

Cukuplah menjual nama PM untuk mendapat pangkat dan juga anugerah. Takkan jawatan belia pun mahu guna nama PM. Mengapa orang sebegini masih mendapat tempat di pejabat PM? Berapa ramai pemimpin politik Selangor telah beliau burukkan di hadapan PM. Sekarang mahu menjahanamkan Majlis Belia Malaysia pula? 

 Benar atau tidak beliau menerima anugerah Belia Asean melalui jalan belakang? 



No comments:

Post a Comment

Member BSK