Menteri Besar Perak membidas pembangkang yang membudayakan politik fitnah sehingga mereka rasa tidak bersalah melakukan kerja-kerja kotor itu.
Dengan nada serius Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir mendakwa mereka memberi gambaran mereka lebih suci dari para pemimpin Barisan Nasional sehingga berjaya memesong pemikiran rakyat.
Beliau keciwa pembangkang begitu mudah menabur fitnah terhadap BN dengan mendakwa BN dilumuri dengan perbuatan korup dan penyalahgunaan kuasa sehingga rakyat mempercayainya.
Dr.Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas isu pemilikan tanah seluas 10,526 ekar oleh pengerusi DAP Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming dalam syarikat Upaya Padu Plantations sdn bhd di Gua Musang, Kelantan.
Setelah diasak, Ngeh mengakui bahawa syarikat itu adalah milik mereka tetapi menyalahkan pengkritiknya kerana menyalahtafsirkan. “Apakah kami tak boleh berniaga . . .”katanya seperti dimuat dalam beberapa blog.
Isu pemilikan tanah mula timbul sewaktu DUN Perak bersidang Disember lalu. Dua ADUN BN yang instrumental mendedahnya ialah DatukKhushairy Talib (Slim) dan Datuk Hamidah Osman (Sungai Rapat).
Sebuah blog,pisau.net yang memulakan pendedahan kini menghadapi tindakan undang-undang dari Ngeh. Namun kerana gagal menyerahkan writ saman, saman ini belum boleh dibawah ke tengah.
Ketika kemuncak isu ini, Dr.Zambry bercuti di luar negara. Komennya kali ini adalah yang pertama berhubung penyelewengan serta fitnah yang dibuat pembangkang serta isu Ngeh dan Nga.
Mengenai beberapa tuduhan terhadap pembangkang, Menteri Besar berkata adalah bukti jelas bahawa kalangan pemimpin pembangkang bukanlah suci daripada amalan korup dan penyalahgunaan kuasa.
Dr.Zambry berkata mereka selalu mengambarkan diri mereka terlalu suci dan bebas daripada sebarang amalan kotor dalam pentadbiran.
Sebaliknya kata beliau mereka sering membuat fitnah terhadap pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional kotor serta sering dilumuri dengan perbuatan korup dan penyalahgunaan kuasa sehingga rakyat mempercayainya.
“Pendedahan itu adalah bukti mereka bukanlah sesuci mana…yang lansung tidak ada dosa..tapi persepsi yang mereka buat seolah-olah BN sahaja yang kotor, banyak dosa dan apa sahaja berkaitan pemimpin dan kerajaan BN semua kotor dan salah,” katanya.
Menurut Dr.Zambry pemimpin pembangkang berjaya mewujudkan persepsi bahawa mereka adalah suci sehingga rasa tidak bersalah untuk berterusan menabur fitnah dan pembohongan terhadap pemimpin dan kerajaan BN.
“Lihat saja pada akhbar Roket dan Harakah…penuh dengan pembohongan dan fitnah. Dan mereka terus berbohong kerana mereka tahu apa sahaja kenyataan mereka memburukkan pemimpin dan kerajaan BN akan dibaca oleh rakyat manakala kenyataan balas kita untuk memperbetulkan fakta tidak mendapat perhatian rakyat,” katanya.
Beliau memberikan contoh pembohongan mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga ADUN Pasir Panjang semasa sidang DUN mengenai penyalahgunaan kuasa kerajaan BN berkaitan kelulusan konsesi balak.
“Mereka tidak pernah putus asa untuk wujudkan persepsi BNlah yang paling jahat dan apabila kita dapat buktikan bahawa mereka (pembangkang) lagi teruk..sekurang-kurangnya kita ikut peraturan tetapi mereka langgar semua peraturan…kita juga dapat buktikan Nizar telah berikan banyak konsesi balak kepada satu syarikat yang sama,” katanya.
Dr Zambry bagaimana pun enggan mengulas mengulas ugutan terbaru Nga mengenai tawaran RM1,000 kepada pemberi maklumat yang boleh buktikan identiti penulis bloggerpisau.net yang bertanggungjawab membuat pendedahan mengenai pemilikan tanah oleh dua pemimpin DAP itu.
“Saya enggan sentuh isu ini…Cuma apa yang dapat saya lihat adalah inilah akibat sekiranya sering menfitnah orang tanpa rasa berdosa..satu fitnah mereka kata BN kotor, lima pendedahan terbongkar mengenai dosa-dosa mereka yang kita dapat tahu,” katanya.
No comments:
Post a Comment