SAO
PAULO: Ratu Colombia semalam diberi amaran kerana tidak memakai seluar
dalam ketika keluar bersama peserta Ratu Universe lain.
Ratu Colombia berusia 22 tahun itu, Catalina Robayo dikatakan keluar ke
majlis rasmi dengan memakai skirt pendek tetapi tidak memakai seluar
dalam.
Sumber pertandingan ratu cantik itu memberitahu, “Kami terpaksa memberi
amaran kepada Ratu Colombia kerana perbuatannya itu tidak sopan.
“Orang ramai merasa tidak selesa dengan perbuatannya itu, apatah lagi
keluar gambarnya yang tidak berseluar dalam di dalam beberapa media.”
Presiden Pertubuhan Ratu Cantik, Paula Shugart juga dilapor pening
kepala dengan tingkah laku Ratu Colombia itu.
“Sudahlah ada beberapa peserta yang memakai skirt terlalu pendek, tapi
apabila saya melihat gambar dia tidak berseluar dalam, saya benar-benar
terperanjat.
“Penyelia kami telah memberitahu semua peserta supaya
memakai pakaian yang sesuai dan salah seorang pegawai perhubungan awam
kami sudah memberitahun Catalina mengenai perkara itu. Tetapi, dia
menjawab dia dia memakainya.
Perbuatannya menyebabkan keadaan tidak selesa sejak beberapa hari,” katanya. —
Agensi
No comments:
Post a Comment