Jumlah Pengunjung

Tuesday, 1 January 2013

POLIS NAK CERITA PASAL VCD LUCAH SPEAKER PERAK !!!


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong


IPOH –  Siasatan berhubung cakera padat video (VCD) yang didakwa memaparkan Speaker Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam aksi mengaibkan hampir selesai.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis telah memanggil 11 saksi dan merakam percakapan mereka untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, VCD berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras dan kini sedang menunggu laporan.

“Kita tunggulah hasil laporan dari forensik dan kita akan dedahkan kemudian mengikut prosedur siasatan,” katanya.

Beliau berkata, setelah menerima laporan, kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Chang Keong berkata, siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Sebelum ini, Adun Tronoh, V Sivakumar dalam satu sidang medianya pada persidangan Dun baru-baru ini mendakwa menerima sampul surat mengandungi VCD dipercayai memaparkan Speaker Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita.

Sampul berkenaan juga mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan yang turut diterima Adun Buntong, A Sivasubramaniam.


( SUMBER SAHIH GUA BERITAHU VCD TU CUMA ADA SUARA JER...  HAHA... TAKKAN ADA SUARA JE PEMBANGKANG NAK KAITKAN DENGAN SPEAKER PERAK...  WAKAKAWAKKA....  YANG TERANG2 MUKA ANWAR TU TAK NAK PULAK DIORG NAK PERCAYA...  MOTIF VCD NI HANYA UNTUK ALIHKAN CERITA SKANDAL TANAH NGA KOO MENG & NGEH KOO HAM YER...)   tak perlu gelabah jika tidak bersalah....

No comments:

Post a Comment

Member BSK