Daripada hanya berselendang, kini bertudung sepenuhnya. Itulah keputusan nekad yang dibuat oleh penghibur tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pada sambutan hari ulang tahun ke-34.
Utusan Malaysia difahamkan, keputusan itu dibuat pada malam sambutan ulang tahun penyanyi itu pada 11 Januari lalu.
Sehingga kini, Siti masih lagi tercari-cari imej bertudung yang bersesuai dengan penampilannya sebagai penyanyi yang masih lagi aktif di pentas.
Bagaimanapun, imej berselendang dengan jambul yang kelihatan, sudah ditinggalkan secara perlahan-lahan. Keputusan ini dibuat atas kehendak Siti sendiri dan disokong oleh suaminya, Datuk Khalid Jiwa.
Semoga semua peminat mendoakan agar perubahan ini berkekalan," beritahu sumber kepada Utusan Malaysia.
Beberapa ahli keluarga penyanyi itu turut memuat naik gambar-gambar Siti Nurhaliza dengan imej terbarunya di laman sosial mereka selepas sambutan majlis ulang tahun kelahirannya di Kuala Lumpur kelmarin.
Imej terbaru Siti dilihat ada persamaan dengan imej pereka muda muslim yang tersohor dari London, Hana Tajima.
IMEJ BARU... Siti Nurhaliza tampil dengan imej baru bertudung penuh, suatu keputusan sempena ulang tahun ke-34 beliau kelmarin.
No comments:
Post a Comment