Jumlah Pengunjung

Saturday, 12 January 2013

SPA SEKS TERBAKAR...PELACUR MATI HANGUS !!!

 

Anggota Jabatan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman menahan pelacur warga China di sebuah spa di Teluk Intan, Sabtu lalu.

TELUK INTAN: Berselindung di sebalik nama pusat spa dan rumah urut, sebuah premis di sini, menawarkan barisan pelacur termasuk dari Russia bagi memuaskan nafsu serakah pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan itu.

Pengusahanya juga licik menyembunyikan kegiatan dengan menyediakan pintu rahsia bagi membolehkan pelacur dan pekerjanya meloloskan diri sebagai persediaan jika pihak berkuasa menyerbu premis itu. Tidak cukup dengan itu, pintu masuk ke premis berkenaan juga sentiasa diawasi pekerja melalui kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam stor bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Namun, semua itu belum memadai untuk menyembunyikan kegiatan kotor itu apabila premis itu diserbu polis dan yang pasti selepas ini semua pelanggan yang sering mendapatkan perkhidmatan itu meleleh air liur apabila wanita yang mereka langgan sudah diberkas.

Serbuan dilakukan tiga pegawai bersama tujuh anggota Jabatan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman jam 12.15 pagi Sabtu lalu, berjaya menahan lapan wanita termasuk masing-masing seorang warga Russia dan Thailand yang disyaki menjadi pelacur.

Lima tukang urut wanita warga China yang didapati menyalah guna permit kerja turut diberkas. Polis turut menahan seorang pengurus pusat itu, tiga pekerja dan enam pelanggan. Rampasan kondom dan cecair dipercayai untuk kegunaan aktiviti seks serta sejumlah wang dipercayai hasil perniagaan itu turut dibuat.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut. Wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala yang menyalahgunakan permit kerja diserah kepada pihak imigresen.



No comments:

Post a Comment

Member BSK