Bila PDRM membebaskan tanggugjawab keselamatan dalam HKR112 di Stadium tempohari, maka tugasan ini ditampung sepenuhnya oleh Unit Amal PAS.
Dikalangan parti-parti pembangkang, PAS kelihatan lebih advance, kerana mempunyai unit keselamatan yang lebih tersusun berbanding DAP dan PKR. DAP juga punya skuad peronda, tapi ia telah tercemar dengan imej samsengnya. [Baca SINI].
Sementara itu, kalau nak diharapkan PKR, habuk tak ada.
Berbalik kepada hari berlansungnya HKR#112, harapan pihak pembangkang untuk mencetus provokasi terhadap PDRM telah gagal. Acara berlansung dalam stadium, lantas semua lembu-lembu dimasukkan ke dalam kandang. Oleh kerana secara keseluruhan semuanya adalah lembu-lembu, maka terpulanglah kepada gembala lembu untuk menjaga mereka supaya tidak bergaduh sesama sendiri.
Perhimpunan dalam stadium tiada keseronokan, malah tiada thrill. Kalau di jalanan, boleh usya-usya polis yang sedang bertugas.
Jadi, dek kerana dah tak ada apa yang nak dikacau, maka anggota Unit Amal pula yang menjadi sasaran. Bak kata pepatah, tiada tanduk telinga dipulas.
Video di bawah, menunjukkan kesopanan Exco Selangor Ronnie Liu terhadap Unit Amal PAS. Kalau dengan polis, bolehkan Liu sesabar ini?
No comments:
Post a Comment