Jumlah Pengunjung

Tuesday, 1 January 2013

VIDEO & GAMBAR SAMBUTAN TAHUN BARU 2013 DI KAMPONG SRI KINTA !!!


Perh...  pertama kali dalam sejarah kg sri kinta telah diadakan sambutan tahun baru, selama gua lahir kt kg sri kinta ini la pertama kalinya sambutan tahun baru diadakan dengan meriahnya... gua juga terpanggil untuk bersama menjayakan sambutan mlm tadi.

Sumber sahih yg gua tahu, perbelanjaan sambutan tahun baru ini banyak di keluarkan oleh JKKK sri kinta, satu idea yg bijak krn sambutan memang di luar dugaan. Gua ingatkan x ramai yg akan dtg sebab di hari dan masa yg sama juga terdapat sambutan yg serupa di kawasan stadium perak. Setinggi ucapan terima kasih gua ucapkan kepada KETUA PEMUDA UMNO IPOH TIMOR iaitu saudara HAIRUL ANWAR kerana telah menaja khemah utk majlis tersebut, alhamdulillah rata2 tetamu yg hadir selesa dgn khemah tersebut.




Acara di mulakan pada pukul 9 mlm dengan JAMUAN RAKYAT, sambil semua tetamu menikmati hidangan tetamu di hiburkan oleh persembahan SK band, (maksud SK band ni gua rasa Sri Kinta Band) SK Band ni di ketuai Oleh org lama Sri kinta iaitu sapa yg x kenal ABG EMBUN...  dlm pada itu tetamu di berikan cabutan bertuah...  gua dengar hadiah cabutan bertuah ada sampai 100 lebih hadiah...  tapi hampeh satu pon gua tak kena... 






Antara tetamu kenamaan yg hadir adalah KETUA PEMUDA UMNO IPOH TIMOR, wakil2 MCA tebing tinggi dan MCA ipoh timor, ketua2 kampong yg berdekatan kg sri kinta iaitu ketua kampong pasir puteh, cempaka sari dan ketua2 UMNO CAWANGAN didalam parlimen ipoh timor...  haha...  tentu tahun depan pon diorg nk buat di tempat mereka... Yang paling gua terkejut bila kedatangan KETUA UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR iaitu SENATOR DATO AZIAN BIN OSMAN...  Dato azian ni boleh dtg naik kete KANCIL jer...  kadang2 gua pening jugak tgok Dato Azian ni, dia lebih selesa dgn merendah diri.. jamuan makan pon dia suka makan ramai2 dgn rakyat...  dia tak suka di hidang beria2...  apa2 pon tima kasih Dato krn sudi dtg kemajlis yg tak seberapa kami...

Tepat pukul 12 mlm sambutan di raikan dengan nyanyian lagu negaraku... selepas tu saudara HAIRUL ANWAR memberanikan diri utk membakar mercun sebagai tanda sambutan TAHUN BARU 2013 telah bermula...  Bunga api telah meletop di udara... rata2 pengunjung dan tetamu gembira meraikannya... Gua pon tak pandai nk tulis byk, cuma apa yg mampu gua sajikan sedikit sebanyak gambar semasa sambutan tahun baru semalam kt bawah...










1 comment:

Member BSK