Jumlah Pengunjung

Tuesday 9 April 2013

FAKTA.. ULAMA SAHKAN NIK AZIZ BUKAN UMAT NABI MUHAMMAD !!!





Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang takbur dan taksub dengan fahaman parti sendiri sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam sebenar.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah berkata, sesiapa sahaja yang taksub dengan fahaman parti sendiri, tidak akan diakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

"Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.
"Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Abdul Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas fatwa-fatwa Nik Abdul Aziz antaranya solat orang UMNO tidak mendapat pahala, undi UMNO tidak masuk syurga serta yang terbaru menuduh UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Menurut Abdullah Saamah, fatwa-fatwa Nik Abdul Aziz itu seratus peratus menyimpang daripada ajaran al-Quran dan sunah serta wajib untuk semua umat Islam menolak fatwa Menteri Besar Kelantan itu.

Katanya, semua fatwa itu juga akan membawa mudarat bagi umat Islam jika diikuti dan Pas boleh diibaratkan sebagai sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan.

"Apa yang saya nampak sekarang ialah Nik Abdul Aziz keluarkan fatwa-fatwa tersebut untuk menyekat orang Islam daripada mendekati UMNO, ini sasaran Nik Aziz sekarang," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, pihaknya bukan mahu menyerang peribadi Nik Aziz atau pemimpin Pas lain namun mereka mahu menyangkal ideologi sesat yang dibawa oleh parti itu.
"Kalau mengikut nas-nas yang saya jumpa di dalam kitab Imam Al-Ghazali, Nabi Muhammad ada menyebut bahawa kalau ulama ini jahat, dia lebih jahat dari dajal, orang macam ini memang susah nak dibetulkan sebab dia rasa dirinya orang yang baik.

"Memang sukar kita nak betulkan mereka, marilah kita sama berdoa agar mereka sedar penyelewengan yang mereka telah lakukan selama ini," ujarnya.
Tambahnya, selama 50 tahun umat Islam di negara ini tertipu dengan Pas yang kononnya mahu memperjuangkan agama Islam.

''Penyelewengan Pas ini bukan hanya sekarang tetapi sudah lama Pas mempropaganda dia parti Islam, kalau orang tak ikut Pas, tak Islam.
''Habis itu sebelum tubuh Pas semua kafirlah kalau ikut dia punya fatwa," katanya.




No comments:

Post a Comment

Member BSK