Jumlah Pengunjung

Tuesday, 2 April 2013

SEJARAH NABI ADAKAH SALAH UMNO JUGA !!!




Korang baca la kenyataan media mangkuk budak tak sekolah agama ni. Lepas abis dihinanya junjungan besar Nabi kita, kita keluarkan kenyataan bodoh macam kat bawah ni pulak.

Wei mangkuk, sapa yang munafik wei??? Sumpah lakhnat tu memang antaranya untuk mengelakkan fitnah. Isteri Nabi tu buat tak?? Apasal bos besau kau tak mau buat?? mengaji lagi la mangkuk.

Ini video pun asal-usul tak tahu sape yang keluarkan, suka-suka pulak kau tuduh-tuduh orang sana-sini keluarkan. 

Kenyataan Media


Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan......jahanam UMNO” telah menarik perhatian banyak pihak termasuk media cetak dan elektronik. Saya didakwa telah menghina Junjungan Nabi SAW.

Budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik. Perkara ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Isteri Baginda yang suci pernah difitnah berzina menyebabkan Baginda sekeluarga telah menanggung kesusahan dan aib sehingga Allah membersihkannya semula. 

Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri hatta terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik porno adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik.

Tiada bezanya perangai munafik dahulu dan kini. Senjata mereka adalah sama. Fitnah yang MELAMPAU.

Saya menegaskan bahawa saya tidak menghina Junjungan Nabi SAW. Tweet saya telah ditafsirkan secara salah terutamanya oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA. Apa yang menjadi fokus sebenarnya dalam tweet saya adalah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. 

Tekanan yang mereka hadapi bilamana ramai rakyat telah benci dan menolak mereka. Mereka merasakan kesukaran untuk mengekalkan kuasa yang sedang mereka punyai sekarang ini. PRU ke 13 sesuatu yang menakutkan mereka. Justeru mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.

UMNO dan Barisan Nasional telah banyak melakukan perkara yang hina demi kelangsungan politik mereka. Hina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan. Pelbagai pihak termasuk kawan apatah lagi musuh politik mereka telah menjadi mangsa.

Saya ingin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita. Video seks dan cerita skandal pimpinan pakatan rakyat merupakan modal terkini yang mereka usahakan. Ini satu tindakan yang HINA dan JIJIK. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai ISLAM dan moral yang murni.

Maka dengan ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menghina Nabi SAW, tetapi yang hina sebenarnya adalah UMNO dan Barisan Nasional.
Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan agar rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah porno yang menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional membunuh musuh politik mereka. Saya amat jelas menginsafi kesucian Nabi dan jemgkel terhadap terhadap perangai golongan MUNAFIK yang hidup bersama Baginda. Ancaman dan azab keras daripada Allah (hukum HUDUD) jelas tidak menghalang mereka untuk terus MEMFITNAH..

Khairulfahmi Matsom
1 April 2013


1 comment:

Member BSK