Jumlah Pengunjung

Tuesday, 2 April 2013

TERKINI...NIK AZIZ SALAHKAN UMNO PUNCA MAKSIAT DI KELANTAN !!!




Dibawah ni adalah kenyataan terbaru dari Nik Ajis mengenai laporan media mengenai masalah sosial serta maksiat di negeri Kelantan. 

Yang bestnya.., Nik Ajis bukan nak bermusabahah diri bila ketidak mampuan dia dan Pas mentadbir Kelantan didedahkan.., sebaliknya dia menyalahkan Umno diatas semua maksiat yang berlaku..

Macam gampang je kan ulamak politik sorang ni!! Semua dia salahkan orang!! Macam dia maksum lah pulak!!!

-----------------------------------------------------


Saya membaca laporan muka depan New Straits Times semalam berkenaan dengan masalah sosial di Kelantan dengan tajuk KELANTAN AFTER DARK, ia disambung lagi dengan liputan dari Buletin Utama TV3 malam semalam. Seorang pemimpin utama UMNO Kelantan pula mengeluarkan kenyataan bahawa ini menunjukkan Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah, saya tidak pernah menyatakan Kelantan sempurna, tetapi kita telah melakukan yang terbaik dalam kemampuan kerajaan negeri untuk mengekang masalah sosial. Kita tidak mengeluarkan lesen judi, tidak mengeluarkan lesen rumah urut, dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Begitu juga dengan penguatkuasaan sentiasa berjalan dari masa ke semasa.

Laporan NST hanya menyebut senario tanpa menyebut fakta-fakta yang jelas di mana lokasi untuk memudahkan penguatkuasa mengadakan serbuan. Tanpa maklumat, bagaimana penguatkuasa mahu bertindak?

Sepatutnya UMNO turut membantu ke arah mencegah gejala sosial. Bahkan semua pihak sepatutnya membantu kerajaan negeri menjayakan undang-undang yang diperkenalkan.

Sayangnya, apa yang UMNO lakukan ialah sentiasa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, menampilkan persembahan artis wanita secara terbuka yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Persoalan sosial ialah masalah kita bersama. Kerajaan negeri telah memperkenalkan peraturan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Jika wujud aktiviti tidak bermoral, ertinya ia wujud tanpa kebenaran. Soalan saya, adakah meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah bermaksud kerajaan pusat membenarkan ia berlaku?

Jika hanya petak sawah kita dijaga dengan baik sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan ular dan tikus tanpa jagaan, ular dan tikus pun akan membiak masuk ke petak sawah kita!

Nik Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan


No comments:

Post a Comment

Member BSK