Jumlah Pengunjung

Wednesday 10 April 2013

TERKINI... NIK AZIZ HINA TUN MAHADHIR PULA !!! Geram Betoiii....




Selepas menyatakan hasrat untuk bertanding sampai bila-bila walaupun berkerusi roda, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi bertegas tidak akan bersara daripada politik sebaliknya akan terus berjuang selagi beliau masih bernafas.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang tua yang nyanyuk sehingga mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara.

Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap pasal politik.

"Dia tu, siapa dia ajar suruh berhenti. Dia bersara daripada Perdana Menteri tetapi dia merepek seluruh (kawasan) dalam politik, asyik kecek (cakap) politik, apa ini kerja orang tua nyanyuk.

"Saya pegang, selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya menteri besar ke itu masalah kedua tapi saya terus bercakap dalam Islam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Dr. Mahathir ketika berucap di Johor Bharu baru-baru ini menasihatkan rakyat supaya menamatkan karier politik tiga pimpinan pembangkang yang telah lama berkecimpung dalam politik iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Nik Abdul Aziz.





3 comments:

  1. Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap pasal politik.

    Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan." Itu merupakan ungkapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau beria-ia mendesak Mahathir letak jawatan tetapi selepas hampir 10 tahun Mahathir berhenti Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan masih kekal di sini.

    ReplyDelete
  2. Mohon pautkan blog saya ke dalam blog tuan. Tq

    http://gunungrapatcyber.blogspot.com/

    ReplyDelete

Member BSK