Jumlah Pengunjung

Tuesday, 8 January 2013

BANGKIT UNTUK BANTAH JENAYAH SEKS !!!



Gambar bertarikh 27 Disember 2012, merakamkan sekumpulan penunjuk perasaan melaungkan bantahan berhubung kejadian rogol pelajar perubatan di New Delhi, India. - REUTERS

Kejadian rogol berkumpulan membabitkan seorang pelajar perubatan wanita sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia, mencetuskan bantahan besar-besaran di New Delhi, sebuah bandar raya yang hampir setiap hari menyaksikan kes rogol berlaku.
Jika sebelum ini banyak kes sama hanya didiamkan tanpa sebarang tindakan undang-undang, kejadian terbaharu itu mengubah pendirian rakyat India yang mahu supaya hak wanita diberi perhatian sewajarnya.
Keterbukaan Badri Singh Pandey, bapa kepada mangsa rogol yang mendedahkan nama anaknya kepada umum juga, mampu menjadi titik tolak kepada kebangkitan menentang jenayah seks terhadap wanita di India.




No comments:

Post a Comment

Member BSK