Jumlah Pengunjung

Tuesday 8 January 2013

DUA EKOR TUKANG FITNAH PAS TELAH DISAMAN !!!



Felda fail saman fitnah Presiden Anak

SHAHRIZAL Mohd. Saleh (tiga dari kiri) bersama wakil peguam Felda, Wan Azmir Wan Majid (empat dari kiri) bercakap kepada pemberita berkaitan saman terhadap pakatan pembangkang atas dakwaan mengeluarkan kenyataan Felda menjual minyak kepada Israel di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - 

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta lima lagi berhubung dakwaan wujudnya urus niaga antara agensi itu dengan Israel.
Pegawai Khas kepada Pengarah Besar Felda, Shahrizal Mohd. Saleh menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu kepada pemberita sebaik sahaja dokumen difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini.


No comments:

Post a Comment

Member BSK