Jumlah Pengunjung

Saturday 5 January 2013

DAP TERDEDAH AIB PEMBANGKANG !!!



Ada yang mengatakan bahawa perletakan jawatan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong sebagai jalan mudah kepimpinan DAP menutup pekung busuk yang menjatuhkan imej parti itu dan memalukan seluruh ahli dan penyokong parti itu.

Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu.

Yang lebih memalukan ialah mereka meletakkan keseluruhan kesalahan kepada satu orang sahaja. .Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, peletakan jawatan itu adalah atas 'dasar rasa tanggungjawab'.

Tetapi satu perkara besar yang tidak diungkit oleh Guan Eng yang menganggap perletakan jawatan itu 'dasar rasa tanggungjawab' ialah beliau didakwa sendiri tidak bertanggungjawab.

Satu isu besar yang melibatkan Lim Guan Eng DAP ialah apabila pihak yang menguruskan undi itu mendedahkan :
Kesilapan tersebut tidak disedari oleh pihaknya sehinggalah hari berikutnya dan lantas dilaporkan kepada Setiauaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Persoalannya, kenapa tiada respons, tindakan immediate yang kedengaran daripada Lim Guan Eng DAP?

DAN jika benar, apakah Lim Guan Eng DAP telah gagal melaksanakan tugas beliau untuk menasihati dan menyelesaikan isu ini dan bukannya selepas 3 minggu?

Bukankah anak Lim Kit Siang itu patut bersikap adil dan gentleman serta turut mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu? Atau beliau pun patut letak jawatan?

Selepas ini, MiM sarankan kepada kepimpinan DAP supaya jangan lagi mempertikaikan sistem pilihanraya atau tebal muka mahu terlibat dalam Bersih. Cermin parti itu dulu. Tambahan pula, mereka akan diketawakan oleh rakyat jika masih berbuat demikian.

DAN satu lagi isu yang perlu di jawab ialah '882 undi yang hilang' KLIK SINI...

No comments:

Post a Comment

Member BSK