Mungkin haron din mengambil ikhtibar tentang apa yang berlaku pada hasan
ali bila dia menegur anwar ibrahim, jadi haron din pun mengambil sikap
"play safe" tentang tindakan anwar menyokong penulis berpahaman libral
dari india itu, cukup sekali dia di tibai teruk oleh rakan-rakan liberal
dalam pakatan, dia tak mahu di jadikan sasaran lagi, baca artikel di
bawah...
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan
‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan
Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India,
Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan
kenyataan Anwar yang bersifat liberal.
Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman
Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW
sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat
Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.
Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin
tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur,
maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang
masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di
masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India.
Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang
oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan
rakyat Malaysia. Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang
kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti
dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan
kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan
apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.
Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di
sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’
ini.
Kata Harun Din, “Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan
dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita
pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan
DAP,”
dan,
“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada
Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita
rujuk kepada Islam.”
Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan
PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam
pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui
jalan belakang.
Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS
perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga
DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini. Lebih dahsyat, PAS
bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan
Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah
Perdana Menteri.
Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan
keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat
hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.
Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih
cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun
Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah
pemerintahan PR?
Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau
DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan
isterinya sendiri.
Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah,
tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak
bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak
kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.
Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak
yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang
pasif akan terpaksa menurut.
Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat
keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.
Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial)
mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP. Sama ada kerana
terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau
terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana
bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus
menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.
Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat
memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah,
peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri.
Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa
kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh
membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak
turut dengan Ketua.
Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal
maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat
mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS
lakukan.
Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam
dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak
atau disenyapkan terus.
Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika masih ingin membohongi
diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua
alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi. Apabila Anwar menjadi
Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan
Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana
yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Pada ketika itu juga, jangan
sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din.
Simple Mathematic
ReplyDeleteSelagi PAS bersekongkol dan berada dalam satu kem dengan DAP dan PKR maka suka atau tidak, Haron Din adalah sebahagian daripada komplot ini..
Aku pun tak paham, apa yang Haron Din hendak pertahankan sangat bersama PAS.. mustahil Haron Din sedangkal itu pemikirannya... atau Haron Din masih menganggap duniawi itu lebih penting ...