Jumlah Pengunjung

Thursday 17 January 2013

DI SERBU KETIKA SEDANG TELANJANG !!!


– Keasyikan beberapa pelanggan diurut tanpa seurat benang 
di pusat refleksologi Bandar Puteri di sini terbantut apabila 
premis dikunjungi mereka diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin.

Difahamkan, premis sama pernah diserbu sebelum ini 

namun pengusaha dikatakan tidak serik mengulangi kesalahan lama.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam oleh Jabatan Penguatkuasaan

 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Bahagian Kongsi Gelap,
 Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu, 
seramai 11 wanita warga asing, dua penjaga premis dan
 tiga pelanggan ditahan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata,

 bertindak atas maklumat awam dan risikan, pihaknya menyerbu
 rumah urut dan pusat penjagaan kesihatan di Jalan Puteri 1/4 
dan Puteri 1/8.

Menurutnya, anggota penguat kuasa terpaksa memecahkan 

pintu masuk utama kerana penjaga premis menutup kesemua
 pintu bagi menyukarkan tindakan pecah masuk ke dalam premis.

Katanya, premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) 

di setiap pintu dan di bahagian luar dipercayai untuk mengawal
 kehadiran pihak berkuasa.

Beliau berkata, berapa kondom yang sudah digunakan ditemui

 dan hasil siasatan mendapati pengusaha premis menawarkan
 khidmat seks serta urutan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan.

“Ketika tindakan operasi diketuai Penolong Pengarah Penguat 

Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd dijalankan di premis kedua, 
terdapat pelanggan yang diurut dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua premis dikenakan tindakan di bawah UUK 13(k) 

Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan
 MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen yang
 dikeluarkan majlis dengan menggajikan wanita
 warga asing,” katanya.

Ahmad berkata, semua yang dicekup diserahkan kepada

 polis untuk tindakan lanjut.

Sehingga Julai lalu katanya, sebanyak 127 kompaun dikeluarkan

 manakala 36 premis rumah urut dikenakan tindakan sitaan 
dan penutupan premis oleh MPSJ.


No comments:

Post a Comment

Member BSK