Jumlah Pengunjung

Thursday, 17 January 2013

PAS BANTU AGENDA KRISTIAN DI MALAYSIA !!!


Agenda Kristianisasi Di Malaysia Berjalan Lancar Dengan Bantuan PAS

Ramai yg sudah pun mengetahui bahawa sebahagian besar pemimpin
 tertinggi DAP yg berbangsa Cina adalah penganut agama Kristian. 
Malah ramai juga yg tahu betapa bertegasnya DAP dalam agenda
 Kristianisasi. Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah 
Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa 
 Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan.

Ini bermakna, keutamaan yg diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, 
penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus.
 Secara automatik, agama2 lain akan mendapat hak sama rata dengan 
Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang. Hakikatnya, 
 kaum Cina dan juga India yg memilih Kristian sebagai pegangan
 semakin meningkat di Malaysia.

Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana
 benar2 percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu ‘escapism’ 
dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai, ataupun sebagai
 satu simbol ‘status’ kerana masih terbelenggu dengan pemikiran 
mendewakan apa saja yg dibuat oleh orang2 barat serta ingin turut 
menyambut Krismas, melalui upacara perkahwinan cara barat dan 
mempunyai nama barat yg dilihat sebagai glamour akibat terpengaruh 
oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.

Tidak seperti Islam yg tidak membezakan kaum dan meletakkan 
semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula 
menyaksikan gereja yg berbeza bagi kaum Cina dan India seperti 
juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yg merasa janggal untuk 
ke gereja yg sama. Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan 
agama mereka tetapi ramai yg menyangka bahawa kaum Cina yang 
memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian. 
 Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, 
maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam 
kes murtad mudah difahami.

Apa yg sebenarnya terjadi ialah, pemimpin atasan DAP berselindung 
di sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi 
memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina ‘ortodoks’ iaitu yg 
berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal nenek 
moyang mereka. Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan 
mereka untuk mengaburi rakyat mengenai agenda Kristian 
yg diperjuangkan mereka.

Agenda Kristian DAP, seperti yg telah terdedah, berpusat di Subang Jaya. 
Kumpulan ‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan 
bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja. Antara yg telah
 menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’ 
sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para 
 pendakwah itu dengan memeluk Kristian.

Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana disalurkan
 dari sebuah pusat pentadbiran yg lengkap. Dengan memanggil diri mereka 
‘Evangelist’ atau pendakwah, menunjukkan yg mereka bermazhab Protestant
 iaitu mazhab yg paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai2
 versi serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yg mengiktiraf darjat 
 tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yg lebih dekat dengan Kristian
 asal iaitu agama Nasrani.

Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012
 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yg meragukan yg melibatkan 
gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya 
Kebajikan negara tersebut:

1. ‘Derma’ berjumlah S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover)
 atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke
 Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa
 Diseember 2007 – May 2010.

2. ‘Derma’ ini kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk 
‘Projek Menyeberang’ ini. Dalam bulan April 2007 – 
 Mac 2010 sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing2 
digunakan untuk perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya
 Ho Yeow Sun yg mana kebanyakan ahli gereja 
tidak tahu menahu mengenainya.

3. ‘Derma’ untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 
dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yg sama.

DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yg memberikan
 naungan kepada puak evangelists ini yg berpusat di Subang Jaya. 
Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang 
dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya:

:- RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011,

:- RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011,

:- RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan

:- RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.

Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan 
 Nasharuddin Mat Isa antara yg paling lantang menyuarakan kebimbangan
 dengan kegiatan gereja di Subang Jaya. Pemimpin2 DAP pula, 
termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi 
sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera. Tidak lama kemudian, 
kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan 
‘bintang’ Nasharuddin juga merudum.

Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai ikrar yg dibuat 
oleh DAP di dalam sebuah majlis yg menampilkan tokoh2 Kristian di rantau ini,
 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ikrar tersebut dilihat 
konsisten dengan desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya 
untuk meneruskan perjuangan menggunakan kalimah 
Allah dalam kitab Kristian.

Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia 
serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian,
 kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan
 Krismas Guan Eng adalah isu yg berkait dan berangkai. Ini bermakna,
 ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yg tidak berasas tetapi sahih 
sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian
 juga turut menghidunya.

Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam 
PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan 
puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk 
bersebelahan di singgahsana. Atas bantuan PAS inilah maka agenda 
Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya.


No comments:

Post a Comment

Member BSK