Jumlah Pengunjung

Wednesday, 16 January 2013

KALIMAH ALLAH, MAJLIS SYURA LAWAN ANWAR IBRAHIM !!!




KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan 
kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam
 mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati 
kehendak sebenar kalimah ini.
"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' 
dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada 
 perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari 
segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," 
kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu 
kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.
Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah 
dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam 
boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata 
justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.
"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah
 menamakan diri-Nya.
"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam 
mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati 
 kehendak sebenar kalimah tersebut.
"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak 
diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan
 itu lagi.
Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat
 menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana 
Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh 
menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab
 jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.
"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada 
Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah 
 Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan,"
 katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK