Jumlah Pengunjung

Wednesday, 16 January 2013

PELAJAR DI ROGOL KETIKA GURU SEDANG MENGAJAR !!!

Seorang remaja lembam berusia 15 tahun dirogol di bawah meja 
di dalam kelasnya, biarpun ketika kejadian gurunya hanya berada
 beberapa kaki daripada tempat tersebut.

Remaja yang hanya dikenali sebagai KJ itu didakwa telah dirogol
 selama 10 minit ketika guru sains sedang mengajar di dalam kelas 
di Akademi Martin De Porres di Elmont.

Biarpun dia meronta untuk melepaskan diri, namun setiap kali 
berbuat demikian, seorang pelajar lain akan memukul kepalanya.

KJ yang mempunyai IQ 60 itu merupakan satu-satunya pelajar 
perempuan daripada 13 pelajar yang mengikuti pelajaran
 di kelas berkenaan.

Meskipun dia memaklumkan kejadian itu kepada pekerja 
sekolah, namun pengurusan sekolah gagal membuat laporan
 berhubung jenayah tersebut.

Sususlan itu, ibu remaja tersebut telah mengemukakan tuntutan
 saman mendakwa guru kelas itu tidak mempedulikan anaknya 
ketika serangan berlaku.

Malah, ketika kejadian juga, salah seorang suspek menari-nari 
di atas meja manakala yang lain pula cuba mencabul KJ.

Menurut ibu mangsa, dia tidak berupaya untuk memindahkan 
anaknya daripada sekolah tersebut dengan segera, hingga menyebabkan 
remaja tersebut dibuli selama beberapa bulan sebelum ini.

Dalam pada itu, pengarah eksekutif sekolah itu, Ed Dana melahirkan
 rasa sedih denbgan insiden tersebut.

Jelasnya, satu siasatan dalaman telah dijalankan sebaik 
sahaja pihak sekolah mendengar mengenai kes berkenaan 
dan turut memecat guru terbabit.



No comments:

Post a Comment

Member BSK