Wah!!! Ini
dah melampau ni. Dah la dia buat kerja Haramjadah tu. Lepas tu, berani
pulak dia curi kereta Jabatan Agama Islam Pahang tu ye.
Awal tahun
2012 hari tu pun, ada jugak orang yang kena tangkap khalwat ni. Tapi,
tak de la dia sempat nak melarikan diri dengan kereta JAIP.
Cuma kata
dia, kena pukul dengan 20 orang. Kalau kena pukul, tak de pulak kesan
lebam dan tak nak pulak dia buat laporan Polis. Siap tuduh orang pulak
nak perangkap dia.
Alasan yang
dia bagi sebab berdua - duaan dalam bilik hotel mewah lima bintang tu
sebab dia nak bagi kaunseling pada wanita yang sudah bersuami tu.
Nak bagi
kaunseling pun sampai masuk dalam bilik jam 3 pagi ke? Lepas tu kantoi
bersiar - siar keliling kolam renang pulak tu. Nak bagi kaunseling menda
jadahnya kalau macam tu. Tu dah sah - sah la dia buat projek!!!
KUANTAN
- Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan
berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan
Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada
dikenakan tindakan awal pagi tadi.
Dalam
kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama
pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama
dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa ke pejabat Jaip
untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun
remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis
Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum memecut kenderaan menghala
ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.
Pegawai
penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan
di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.
Satu
pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya
meloloskan diri. Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat
Jaip. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan
berhubung kejadian.
Dalam
Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan
ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar
bandar Kuantan.
Semua
yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip
untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran
Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.
No comments:
Post a Comment