Jumlah Pengunjung

Friday 22 February 2013

Azizan Di Tampar Exco Kedah !!!




Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan pihak tertentu yang terus mendesaknya berundur daripada jawatan Menteri Besar.Baca Sini 

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri turut menempelak pihak terbabit yang disifatkan sebagai musuh beliau kerana cuba mencetuskan huru-hara terutama ketika kebanyakan pihak menumpukan perhatian terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sambil melahirkan rasa kesal dengan tindakan terbaharu itu, beliau turut percaya desakan tersebut merupakan strategi pihak tertentu yang tidak menyukai corak pentadbirannya.

"Sekarang sudah dekat PRU-13, semua pihak sepatutnya menumpukan perhatian dan timbul pula isu ini. Tetapi saya tidak rasa apa-apa pun, biasa sahaja. Biarlah mereka nak buat apa pun.

Jelas itu merupakan isyarat bahawa pergolakan di Kedah akan terus berlarutan , pasukan Azizan akan terus mempertahankan serangan terbaru yang di arahkan kepada Menteri Besar tersebut dan ini sudah pastinya akan di sambut oleh pihak yang satu lagi.

11 Adun yang sudah pun menyatakan bantahan secara jelas kini hampir pasti tercabar dengan keputusan yang dibuat oleh Azizan dan apakah yang akan berlaku selepas ini ? 

Sebenarnya isu pergolakan di Kedah ini sudah lama berlaku dan MMI pernah siarkan dalam entri-entri sebelum ini , ampa boleh baca di SINI & SINI.

Mungkin sesetengah dari kita tak perasan namun apa yang berlaku di Kedah kini sebenarnya pernah berlaku dalam kem PAS satu ketika dulu di Kelantan.Jika ampa semua masih ingat sewaktu PAS masih dalam BN gerakan yang hampir serupa dilakukan oleh juak-juak PAS terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu yang dipimpin oleh Nik Aziz.

Baca petikan berikut ,

Di antara yang terbaru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?


(SUMBER)


No comments:

Post a Comment

Member BSK