Jumlah Pengunjung

Tuesday 26 February 2013

Pelik Tapi Benar... Hadi Awang Tiba2 Bantai Lim Guan Eng & Nik Aziz !!!



Entah mengapa secara tiba-tiba Hadi Awang meracau dan mula menyerang rakan seangkatan sendiri.Habis gempar seluruh negara Presiden PAS mengutuk dan bantai Guan Eng termasuk Nik Aziz sendiri.

Apa yang menyebabkan sampai berlaku macam tu sekali ? Semenjak dua menjak ni kem Pakatan Haprak dilihat semacam dah kena sampuk pula habis merata gelanggang puak-puak ni lari siap telanjang pula tu !!!

Cerita dia , Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan serangan terhadap Barisan Nasional apabila menyifatkan  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.

"BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di sini, hari ini.

Hahaha hebat sungguh Hadi Awang , memang hebat rasanya dia lupa agaknya kenyataan tersebut secara tak rasminya sudah pun mengesahkan bahawa Guan Eng dan Nik Aziz juga adalah FIRAUN !!



Eh Bang Chot pun sama..
Rasanya rakyat kat luar sana boleh nilailah mana baik dan mana yang buruk.Kita jangan lupa sikap puak-puak ni memang selalu mencari salah orang dan sebab itulah Hadi Awang kini menjadi kambing hitam diatas kelemahannya sendiri.

Hadi Awang cukup lemah dalam menghadapi musibah yang diciptanya sendiri.Sebagai seorang pemimpin malah mengaku ulama adakah begini sikap yang harus kita contohi ? Tahukah Hadi perkara paling asas yang sedang rakyat nilai kini adalah kenyataannya berhubung soal mengkafirkan ahli-ahli UMNO ?

Sedarkah beliau bahawa isu kalimah Allah yang semakin panas sudah pun menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk ahli PAS sendiri ? 

Sudah tentu dalam keadaan ini Hadi Awang sudah pun berguru untuk menangani masalah yang kini melanda beliau.Setelah berguru Hadi Awang kini LULUS dan beliau kini sudah memulakan strategi pertamanya dengan membangkitkan isu FIRAUN ini bagi menutup isu kalimah Allah yang telah mengheret bukan saja keperibadiannya tetapi juga parti yang dinaunginya.Baca Sini 

Persoalan yang aku mahu tinggalkan kepada korang semua adalah siapa agaknya GURU HADI sekarang ???


(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK