Jumlah Pengunjung

Friday 22 February 2013

Hadi Awang Jumpa KONDOM Masa Mesyuarat Bersama Anwar !!!



Pakatan pembangkang dilaporkan akan melancarkan manifestonya sebagai persediaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang namun apakah ia akan direalitikan atau dianggap ‘manifesto bukan janji’ sebagaimana diungkapkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun lalu.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan menegaskan bahawa masyarakat akan memilih atau menilai parti politik berdasarkan kepimpinannya dan manifesto yang dinyatakan kerana ia adalah perkara yang sewajarnya menjadi bukti dan manifestasi kepada rakyat.



“Manifesto bukanlah niat atau hasrat tetapi ia lebih besar dari itu iaitu melibatkan perkara yang mesti dilakukan, dapat dilihat dan dibuktikan dan apabila ditulis sebagai satu manifesto maka bererti ia juga adalah satu janji apatah lagi bila melibatkan parti politik; maka sekiranya tidak ditepati ia ibarat cakap-cakap kedai kopi sahaja,” katanya kepada UMNO-Online.

Dilaporkan, pakatan pembangkang akan melancarkan manifestonya bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ pada konvensyen keempat perikatan itu awal minggu depan.

“Manifesto melibatkan idealogi dan pemikiran daripada parti dan kepimpinan politiknya dan sebagaimana pakatan pembangkang pernah nyatakan bahawa PTPTN akan dihapuskan, cukai kereta akan diturunkan selain pelbagai janji-janji lain juga maka tentunya apa yang paling penting adalah bagaimana ia akan dilaksanakan, daripada mana sumber atau dana akan diperoleh untuk memajukan negara bagi menggantikan wang tersebut.

“Rakyat perlu dimaklumkan dengan perancangan teliti dan jangan hanya membuat tuduhan kepada kerajaan yang ada hari ini kononnya akan bankrap kerana memberikan bantuan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk sama ada BR1M, baucer buku dan bantuan kepada belia sedangkan tindakan dan janji-janji mereka sendiri lebih terarah membawa negara kepada muflis ekoran tindakan populis yang dibuat untuk tagih simpati.”

Ujar beliau, alasan-alasan berkaitan emosi tidak sesuai lagi digunakan dalam keadaan masyarakat hari ini yang umumnya mempunyai pendidikan dan kadar celik huruf yang tinggi serta menuntut kepada tindakan yang rasional.

“Janganlah menjanjikan sesuatu yang belum pasti untuk dilakarkan dalam manifesto sedangkan apabila mendapat kuasa ia tidak dilaksanakan, malah seorang tokoh dalam pakatan pembangkang sewaktu menjawat Menteri Kewangan telah bertindak menaikkan beberapa cukai sehinggakan memberi bebanan kepada rakyat tetapi kemudiannya ia dikawal semula dengan kebijaksanaan Perdana Menteri pada masa itu.

“Manifesto adalah catatan bertulis kepada rakyat dan sekiranya gagal direalitikan maka ia boleh dituntut dan kerana itulah juga ia dibawa ke mahkamah sebagaimana yang telah dilakukan oleh ibu-ibu tunggal di Selangor,” katanya.

Dalam hal ini beliau merujuk kepada tindakan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya untuk mengetepikan saman yang difailkan oleh 2,020 orang ibu tunggal berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan elaun yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008. Dalam perkara ini mahkamah mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan bagi tunggakan berjumlah RM10.9 juta.

“Manifesto adalah dokumen utama yang boleh dibawa kemuka pengadilan dan menjadi bahan bukti yang sahih.”

Memetik kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata bahawa manifesto yang bakal dibentangkan oleh pakatan pembangkang adalah satu cara mempercepatkan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.

“Siapa saja boleh mendesak untuk diadakan pilihan raya tetapi tindakan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang mana beliau melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

“Rakyat perlu didedahkan dengan politik kematangan dan bukannya kaedah yang menyemai kebencian antara satu sama lain malah di Barat sendiri dapat dilihat antara parti-parti politiknya tidaklah sehingga memecahbelahkan masyarakat sebaliknya akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya atas semangat demokrasi.”

Tambahnya lagi, pakatan pembangkang telah menanamkan momentum untuk membenci BN dengan melabelkan badan dan organisasi bebas sebagaimana polis, SPRM dan SPR tidak telus dan bersikap berat sebelah. 




No comments:

Post a Comment

Member BSK