Jumlah Pengunjung

Thursday 28 February 2013

Kisah 3 Perogol Bersiri Paling BAHAYA Di Dunia !!!




Sebagai rakan gandingan dalam Pakatan Haprak PAS makin hari makin songsang , terkini tindakan mereka bersama sahabat sesyurganya melancarkan manifesto PR menyebabkan PAS kini hampir terkulai.

Entah apa yang bermain di fikiran puak yang mengaku ulama dan Islam ni , sampaikan segalanya di bolehkan tanpa sedikit pun teguran.Malah kalau ada sekalipun ianya ibarat angin sepoi-sepoi bahasa langsung tidak ada ketegasan.

Persoalan kini bermain di rangkaian media sosial berkenaan simbol yang terdapat dalam buku manifesto pembangkang di mana ianya dilihat lebih kepada pluralisme dan kebebasan dalam beragama yang diperjuang oleh pakatan di negara ini.



Terdapat 41 lambang yang disusun pada muka depan buku berkenaan meliputi simbol gereja, orang menadah tangan berdoa dan simbol tapak tangan.

Selain simbol tapak tangan yang diulangi dua kali, terdapat satu simbol salib yang merupakan simbol agama Kristian.

"Tidak terdapat simbol masjid atau kubah yang boleh dikenal pasti sebagai simbol Islam, namun terdapat dua simbol orang sedang menadah tangan yang boleh ditafsirkan sedang berdoa iaitu amalan yang biasa dilakukan oleh penganut agama samawi, termasuk Islam dan Kristian,"

Dalam soal ini di mana PAS ? Apakah tidak ada langsung perbincangan sesama parti sebelum manifesto ini dikeluarkan ?

Mungkin bagi sesetengah kita diluar sana ianya sekadar simbol namun dalam satu sudut lain ianya membawa seribu makna.Macam Mat Sabu pernah kata dalam politik ni soal agama letak lah sebelah sat sebab kita perlu kuasa !! 

Psstt PAS ni perjuang apa aaaa ????


(SUMBER)




No comments:

Post a Comment

Member BSK