Jumlah Pengunjung

Monday, 25 February 2013

Giliran Anak Arwah Fadzil Nor Pula Bersuara !!!



Mungkin ramai yang tidak mengenali Saudara Ahmad Fauwaz Bin Fadzil Noor. Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS telah membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, akhbar kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan," 

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.


(SUMBER)


No comments:

Post a comment

Member BSK