Jumlah Pengunjung

Thursday 28 February 2013

IMAM MEKAH Kesal Tentang Isu KALIMAH ALLAH Di MALAYSIA !!!




Malam tadi bertempat di Masjid Kampung Sungai Rokam Imam Masjid Abab Mekah Saudi Arabia telah Al-Hafiz Imam Shik Hj. Mohammad Sharif Mohammad Imrani telah mengetuai solat Maghrib, Zikir Munajat dan Solat Isya' bersama-sama penduduk Kampung Sungai Rokam.

Selepas Solat Maghrib Imam Mohammad Sharif telah berkesempatan untuk memberi tazkirah dan mengupas mengenai faedah kita membaca Al-Quran, Kalimah Allah dan Bahayanya Syiah.

Dalam isu Kalimah Allah, Imam Mohammad Sharif juga menegaskan bahawa mana-mana umat Islam yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Agama Kristian maka jatuh syiriklah dia. Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik sehingga kiamat melainkan dia mengangkat syahadah dan bertaubat nasuha.

Imam Mohammmad Sharif juga menyeru supaya semua umat Islam seluruh Malaysia supaya bersatu kerana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas pertelingkahan sesama Islam.

Mengenai Syiah pula, Imam Mohammad Sharif berkata bahawa Syiah lebih bahaya daripada Yahudi dan Kristian kerana jika Syiah dapat berkembang di Malaysia bermakna umat Islam akan binasa. Contohnya seperti di Iraq, Mesir dan banyak lagi negara Arab yang musnah akibat fahaman Syiah.

Lebih malang lagi kuasa Barat menjadi 'main sponsor' kepada gerakan Syiah bagi menjatuhkan negara Islam sendiri dan selepas kejatuhan negara yang dahulunya kaya dengan hasil bumi kini sudajadi seperti negara Palestin.



(SUMBER)




No comments:

Post a Comment

Member BSK