Jumlah Pengunjung

Monday 25 February 2013

8 Ribu Sambut Kedatangan Khairy Jamaludin Di Perak !!!



Bertempat di kediaman Menteri Besar Perak telah diadakan satu majlis makan malam Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersama pemuda2 UMNO negeri Perak. Ternyata anggaran kehadiran sebanyak 4000 pemuda UMNO telah menjadi sebaliknya. Khairy Jamaludin selaku ketua pemuda UMNO Malaysia  agak terkejut dengan kehadiran di luar jangkaan sebanyak 8000 pemuda UMNO seluruh perak.

Didalam ucapan, Khairy telah memberitahu lawatan ini adalah negeri yang ke Lapan semperna jelajah beliau bertemu dengan pemuda UMNO seluruh Malaysia. Katanya majlis bertemu pemuda UMNO negeri perak merupakan majlis yang paling memeriah. Jika begini sambutan orang muda tidak mustahil Negeri perak akan dapat di kekalkan kepada BARISAN NASIONAL  pada PRU 13 akan datang.

Beliau juga berkata walaupun beliau bukan dari negeri perak, namun beliau pernah berkhidmat dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Zambry Abd Kadir semasa beliau menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia dulu, dan sepanjang itu juga beliau amat mengenali YAB Menteri Besar yang mana pada pendapat beliau Menteri Besar Perak adalah seorang yang bertanggungjawab serta berdedikasi dalam melaksanakan tugas membela nasib rakyat khususnya pemuda. 




No comments:

Post a Comment

Member BSK